Artikel

Jauhi Sikap Mementingkan Diri: Shootz! #5: Aku Mahu Menang!

oleh Siti Nur Shahira Zakaria pada 25 Feb 2014

Komik Shootz! #5: Aku Mahu Menang! mengisahkan Surfian seorang kapten bola baling yang sangat pentingkan diri.

Surfian yang merasakan dirinya hebat tidak mahu membuat hantaran bola kepada rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol.

Sikap pentingkan diri dan kedegilan Surfian menyebabkan pihak lawan membelasah mereka dengan jurang jaringan yang amat besar.

Namun begitu, ia tidak melemahkan semangat rakan sepasukan Surfian, dimana mereka telah menyusun strategi untuk mengejar kembali mata dan menandingi pasukan lawannya.

Persoalannya, mampukah mereka menandingi pasukan lawan? Ikuti komik Shootz! 5#: Aku Mahu Menang! untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Komik ini bukan sahaja mempunyai ilustrasi yang menarik tetapi juga dicetak 100% halaman berwarna. Dan, di dalamnya kaya dengan nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat diteladani dan dijadikan pedoman kepada remaja di luar sana. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024