Artikel

Kasih Tanpa Syarat: Aku Mahu Adik Manja

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 16 Jun 2015

“Kasut awak lusuh macam lap kaki!”

“Awak busuk macam timbunan sampah!”

Saban hari melalui hinaan dan cercaan oleh ahli kumpulan popular, The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar, Manjalara atau lebih dikenali sebagai Manja berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengendahkannya.

Baginya persahabatan dengan Linda adalah lebih utama meskipun hubungan mereka tidak lagi semesra dahulu.

Suam-suam kuku kata orang, atau mungkin juga ibarat hidup segan mati tak mahu.

Tambah pula, ibunya Puan Manjakani tidak sihat dan dia ada Adik Man yang memerlukan penjagaan teliti.

Alahai, sedih sungguh dengan nasib dua beradik yatim ini.

Tambah tragis apabila suatu hari, Puan Manjakani meninggal dunia akibat suatu penyakit dan tinggallah Adik Man dalam jagaan Manja yang masih bersekolah.

Bagaimanakah Manja melalui hari-hari mencabar dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan juga kakak?

Selamat membaca kisah yang paling menyentuh hati dari Ain Maisarah dan Jumie Jain.

Adik-adik pasti terhibur dengan penunggu Toiletbabes yang membuat onar serta ikut berdebar dengan suara misteri dari dalam almari VIP The Wannababes.

Jangan risau, karya kali ini tetap sahaja lucu dan mencuit hati seperti karya-karya lain dari siri yang sama ini, namun nilai kekeluargaan dan persahabatan yang ditonjolkan kali ini memang wajar diberi lima bintang.

Hendak tahu kesudahan yang sangat manis bagi Manja dan Adik Man?

Jangan tunggu lagi dan dapatkan buku anda segera di pasaran.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024