Artikel

Kebebasan Kewangan Anda: Rich Dad’s Cashflow Quadrant: Capai Kebebasan Kewangan

oleh Asri Yussof pada 22 Dec 2015

Tahun 2015 adalah tahun ekonomi yang beragam, tidak menentu baik buruknya. Rencah kegawatan ekonomi yang tidak menentu ini menjadi mangsa terhadap sebilangan besar rakyat yang berada dalam komposisi kelas menengah dan bawahan. Apa yang dikritik oleh Robert T. Kiyosaki dalam setiap tulisan di bukunya, wajar menjadi iktibar setiap daripada kita yang masih punya harapan untuk memperkembang status ekonomi kita menjadi lebih baik, dan tidak perlu menunggu gantung harap hanya pada kerajaan.

Jadinya, seolah-olah kerajaan itulah tuhan untuk meminta belas simpati dalam hidup ini agar diberikan sekeping helai kertas yang mempunyai nilai wang, selepas dapat kita gunakan kemudian habislah ia, begitulah putaran wang kita.

Robert T. Kiyosaki melalui bukunya Rich Dad’s Cashflow Quadrant: Capai Kebebasan Kewangan pada awal prakatanya lagi, beliau memesan kepada kita yang beliau memetik daripada sami keturunaan Vietnam bernama Thich Naht Hann, “Laluan itulah yang menjadi matlamat kita.” Melalui pesan ini, beliau sebenarnnya ingin mengingatkan kita agar jelas dengan matamat hidup kita.

Tambahnya lagi, laluan itu bukanlah kerjaya kita, bukan juga dilihat pada berapa banyak wang yang kita mempu kumpulkan, ataupun pangkat, mahupun kejayaan ataupun kegagalan kita.

Buku ini begitu penting setiap dari kita untuk menyelesaikan bacaannya kerana ia menceritakan tentang mencari jalan sendiri dalam kehidupan.

Jika setiap dari kita mengikuti dari awal penulisannya, Rich Dad Poor Dad, beliau sering mengkritik kembali perjalanan sistem persekolahan kita. katanya, dari kecil kita diprogramkan supaya pergi ke sekolah, kemudian mencari pekerjaan.

Persekolahan itu hanya berkisar tentang mendapatkan pekerjaan dalam kuadran E ataupun S. Ia tidak mengajar kita cara bagi mencari jalan hidup sendiri. 

Di sinilah, kita mula tersentap, sebenarnnya dalam hidup kita, punyakah kita jalan hidup sendiri untuk mencapai tujuan kebebasan kewangan?

Dalam buku ini, Bab 5 telah dikemaskini dengan baik oleh Robert T. Kiyosaki selepas melihat dunia pelaburan yang telah berubah dan pesat.

Perubahan yang berlaku dalam lingkungan tahun 2011, telah mendatangkan kesan dan berterusan menjejaskan mereka yang melabur.

Bab ini mengutarakan tentang lima tahap pelabur. Walaupun tuan, puan dan cikpuan belum pernah melabur, tidak salah untuk kita dapatkan ilmu pelaburan dan belajar untuk memahaminya.

Bersedialah dari sekarang, rancang masa depan kewangan kita.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024