Artikel

Kekal Sihat: Petua Kesihatan di Bulan Ramadan

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 03 Jul 2014

Tanpa disedari, hari ini telah pun memasuki hari kelima umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadan. Tentunya banyak dugaan yang sudah dilalui oleh umat Islam semasa berpuasa terutamanya dugaan menahan nafsu dalam membeli juadah berbuka.

Tidak dinafikan bahawa cuaca sepanjang Ramadan sangat terik. Maksud Ramadan itu dalam bahasa Arab sendiri bermaksud panas terik dan kerana itulah bulan tersebut adalah bulan yang akan menghapuskan dosa-dosa kita semua.

Disebabkan cuaca yang panas, ramai individu bertindak untuk mengambil minuman manis dan sejuk yang berlebihan sewaktu berbuka.  Selain itu, makanan yang tidak seimbang juga menjadi pilihan kerana terlalu letih berpuasa. Tabiat pemakanan dan minuman ini tidak harus dilakukan. Terdapat petua kesihatan sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.

Pertama sekali, kita diharuskan berbuka dengan kurma dahulu kerana ia adalah sunah Rasulullah s.w.t. Tambahan lagi, kurma mempunyai karbohidrat yang ringkas yang memudahkan badan kita mendapat tenaga. Sewaktu berbuka, sebaiknya mengambil kurma untuk dimakan dahulu. Selepas solat maghrib, barulah mengambil makanan berat untuk memastikan makanan kita dihadam dengan baik.

Di samping itu, kita disarankan melebihkan pengambilan air kosong. Antara tip-tip pengambilan air kosong adalah seperti berikut:-

-Air kosong  harus diminum 6 gelas sehari tetapi untuk bulan Ramadan

-Digalakkan mengambil air kosong yang berlebihan kerana ia penting untuk proses perkumuhan dari buah pinggan

Antara kesilapan dalam pengambilan minuman sewaktu berbuka adalah seperti berikut:-

- Ramai individu lebih gemar mengambil air manis sewaktu berbuka dan juga selepas tarawih seperti air tebu, air soya, dan air cincau. Ini akan mengganggu sistem pengahadaman

- Pengambilan air sejuk akan melambatkan proses penghadaman dan menyebabkan lemak berkumpul

Sementara itu, memasak juadah sendiri dikatakan lebih baik kerana kita dapat mengawal penggunaan garam, gula, dan lemak dalam masakan. Selain itu, kebersihan makanan juga tidak perlu diragui. Jika membeli makanan di bazar Ramadan, kebersihan dan penggunaan bahan dalam makanan sudah tentu tidak dapat dikawal oleh kita semua. Dalam pada itu, memakan buah-buahan dan sayur-sayuran juga disarankan sewatu berbuka dan juga bersahur.

Seterusnya, disunatkan untuk melewatkan sahur sebagaimana sabda Rasulullah s.w.t, “bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah”. Makan pagi adalah sangat penting kerana orang yang bersarapan mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung, kencing manis, dan kegemukan. Dengan kata lain, sahur dapat memberikan tenaga sepanjang berpuasa dalam sehari. Tanpa bersahur, glukos darah akan berkurangan.

Semoga petua-petua ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca. Salam Ramadan Kareem.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024