Artikel

Kenali Dan Sayangi Nabi: I Love Prophet: The Life of Prophet Muhammad P.B.U.H.

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 19 Jun 2015

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang sangat baik hati dan disayangi ramai.

Beliau sangat suka membantu orang lain dan sangat mengasihi orang-orang tua dan kanak-kanak.

Haiwan dan tumbuhan juga turut tidak terlepas daripada menjadi saksi kepada kebaikan beliau.

Pernah suatu ketika beliau ingin menunaikan sembahyang, seekor kucing telah tertidur dengan nyenyak diatas sejadah yang ingin beliau gunakan.

Beliau berasa sangat kasihan kepada kucing tersebut dan enggan mengganggunya.

Oleh kerana itu, beliau telah memotong sejadah itu di bahagian yang tidak mengganggu kucing tersebut dan menggunakannya untuk sembahyang.

Namun  begitu, tetap sahaja ada orang yang tidak menyukai beliau.

Mereka yang memusuhi beliau sengaja melakukan perkara-perkara buruk seperti menyakiti beliau dengan duri dan najis.

Kadangkala mereka memanggilnya dengan panggilan orang gila.

Beliau tidak pernah mengambil hati dengan kelakuan orang yang membenci beliau.

Malah, beliau sering membalas keburukan yang mereka lakukan terhadap mereka dengan kebaikan.

Antara bukti kebaikan beliau adalah kisah beliau dengan seorang makcik buta yang membenci beliau.

Walaupun sering dicaci oleh makcik tersebut, beliau tetap sabar menyuapkan makcik tersebut dengan makanan.

Lelaki mulia ini ialah Nabi Muhammad s.a.w, ayahanda kita semua.

Beliau adalah utusan yang diutuskan oleh Allah untuk menjadi pembimbing kepada kita semua agar kita dapat menjadi sebaik-baik manusia.

Sungguh beruntung anak-anak yang dari usia muda lagi sudah diperkenalkan dengan modal terbaik dunia ini.

Buku I Love Prophet: The Life of Prophet Muhammad P.B.U.H ini diharap dapat mendedahkan anak-anak kepada sejarah hidup nabi kita dari kelahiran sehinggalah kepada kewafatan beliau.

Direka khusus dalam Bahasa Inggeris, semoga buku dengan 218 halaman berwarna ini turut dapat mengukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024