Artikel

Kenapa Allah Bersumpah Atas Nama Buah Tin dan Zaitun

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 01 Jul 2016

“Demi buah Tin dan Zaitun.”

Unik sekali permulaan surah at-Tin ini. Satu-satunya surah al-Quran yang bermula dengan nama buah-buahan. Mengapa Allah SWT bersumpah dengan nama buah-buahan ini?

Menurut pendapat yang paling tepat, kedua-dua buah ini melambangkan bumi Palestin. Bumi yang terkenal dengan peristiwa Israk dan Mikraj.

Masjid al-Aqsa yang terletak di tanah ini adalah antara tiga masjid suci selain Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Bagaimanapun, ada beberapa misteri yang tidak terungkap sepenuhnya mengenai ketiga-tiga masjid suci ini.

Isu hangat terkini yang menjadi perbincangan adalah pencerobohan Israel terhadap Masjid al-Aqsa daripada umat Islam.

Sejak pemerintahan khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Hamid II, pemimpin Yahudi tidak henti-henti memikirkan jalan bagi menguasai tanah Palestin.

Pergerakan mereka akhirnya membuahkan hasil selepas jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah pada 1924.

Tidak cukup dengan itu, mereka berusaha pula untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dengan alasan mahu menggantikannya dengan Haikal Sulaiman.

Haikal Sulaiman dikatakan adalah tempat ibadah pertama kaum Yahudi sebelum ia dirobohkan oleh Empayar Rom pada 70 Masihi.

Dakwaan Haikal Sulaiman berada tepat di bawah Masjid al-Aqsa ini sebenarnya masih diragui.

Ada juga beberapa laporan tercatat, mengatakan antara usaha lain untuk merobohkan masjid ini adalah penggunaan bahan kimia dan penghasilan gempa bumi.

Seorang pengkaji daripada pihak Israel sendiri, seorang profesor dari Universiti Tel Aviv, Israel Flankenstein menegaskan, para arkeologi tidak menemui bukti bahawa Haikal Sulaiman pernah berdiri di atas tempat Masjid al-Aqsa berada sekarang.

Ahli arkeologi bebas yang pernah bekerja di Badan Energi Atom Antarabangsa (IAEA), Profesor  Yoni Mizrahi turut berkongsi pendapat yang sama.

Beliau menyatakan, organisasi sayap kanan Elad tidak menemui apa-apa bukti.

Sedikit demi sedikit, kebenaran mulai terserlah. Cita-cita terbesar Israel sebenarnya adalah menguasai tanah Palestin dan beberapa wilayah di Timur Tengah bagi mencipta negara baru, iaitu Israel Raya.

Sebenarnya, banyak lagi perkara misteri yang selama ini disorokkan daripada pengetahuan umum.

Melalui buku Membongkar Misteri 3 Masjid Suci oleh penulis Adrie Noor al-Fatia dan Andriansah, kita akan dapat menelusuri sejarah dan masa hadapan yang berlaku di ketiga-tiga masjid ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024