Artikel

Kenapa Ibu Bapa dan Guru Jangan Larang Anak Baca Komik

oleh Asri Yussof pada 29 Sep 2018

Seminggu lepas ada yang menyapa dan bertanya kenapa saya membaca komik. Sebenarnya masih ramai dari kalangan ibu bapa yang mash cenderung dengan tanggapan negatif terhadap komik.

Di dunia ini ada bermacam-macam kandungan komik. Ada yang baik dan ada yang kurang baik untuk tumbesaran anak-anak remaja kita. Pada tingkat remaja perlu dijaga dengan teliti supaya tidak terdedah dengan budaya kuning dan tidak ada perasaan mencuba.

Tetapi di Malaysia, kebanyakan komik yang dijual di pasaran terbuka kebanyakannya adalah komik yang baik, yang mempunyai mesej positif dan memberi motivasi. Kita semua tahu ketika di peringkat remaja ini, anak-anak kita lebih gemar dengan bahan bacaan yang ringan dan mudah. Jadi komik adalah medium yang terbaik.

Klik di sini untuk dapatkan komik-komik terbaik dan bagus untuk bacaan anak-anak

Saya minat komik sejak kecil. Tapi saya tak ketagih dengan komik, biasa-biasa saja. Waktu itu komik di dalam majalah Utophia yang dibaca di rumah jiran. Waktu itu saya hanya baca dan suka dengan jalan cerita dia. Saya suka gaya lukisan dia dan cerita yang ingin disampaikan. Selepas habis baca semua majalah-majalah ini, saya berhenti baca komik.

Untuk orang-orang miskin seperti kami dulu, bahan bacaan adalah sesuatu yang berat untuk ibu dan ayah saya memberi duit untuk membeli bahan bacaan. Rata-rata bahan bacaan kami diterima dari buku-buku yang orang nak buang. Kebanyakannya mereka beri sebab sayang nak buang katanya.

Masuk ke sekolah menengah, ketika tingkatan dua saya ada suka satu lagi komik. Komik ni pinjam dengan kawan di asrama. Komik Le-Gardenie karya Ben. Saya tahu ramai betul yang suka komik ini ketika kemunculan pada tahun 2008. Pelajar-pelajar asrama bila keluar asrama pada hari sabtu akan singgah di 7eleven dan membeli komik ini.

Bila dewasa sekarang, barulah saya tahu yang komik di dalam majalah Utophia dulu adalah karya Ben juga. Ini pun dapat tahu dari orang yang komik di instagram saya.

Ben

Ada satu ketika, saya bawa Ben ke acara autograf dengan peminat, rata-rata peminat bawa lagi komik Le-Gardenie supaya Ben menurunkan autograf di dalam buku mereka. Tapi saya tidak sefanatik itu, buat-buat biasa saja walaupun sebenarnya peminat komik Ben juga. hehe

Saya rasa tidak menjadi masalah jika anak-anak kita suka membaca komik. Guru-guru di sekolah tidak boleh lagi memandang komik adalah bahan bacaan terlarang. Bayangkan bagaimana anak-anak kita tidak dapat berimaginasi sebab kita larang mereka. Komik adalah bayangan. Dengan membaca komik, minda kita dengan cepat membayangkan jalan cerita di dalam komik.

Saya tahu majalah Utophia bukanlah satu majalah yang baik. Tapi Alhamdulillah saya tidak pernah untuk menjadi penggemar komik tegar sehingga tak mahu lagi baca buku sekolah atau sampai tak mahu buat kerja sekolah. Tapi hari ini anak-anak kita bertuah sebab komik-M adalah penerbit komik yang terbesar di Malaysia dengan menyampaikan kandungan komik yang berpendidikan, kelakar dan mempunyai mesej yang sangat baik.

Komik-M

Saya sangat menyarankan untuk para ibu bapa budayakan membaca kepada anak-anak dengan memberi anak-anak kita membaca komik. Semakin mereka membesar dan semakin matang, mereka akan memilih karya yang lebih besar dan tinggi darjatnya. Yang penting adalah mereka sudah ada minat membaca dari kecil lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024