Artikel

Keunikan Kisah Hidup: Trilogi Mat Despatch

oleh Nor Adilah Riduan pada 21 Mar 2014

Novel ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu melekatkan mata pembaca kepada penulisannya. Tidak percaya? Ini antara rahsia di sebalik daya tarikan ini.

Pengarang, Bahruddin Bekri menerapkan gaya penulisan yang santai, menarik, pemilihan kata-kata yang dekat dengan pembaca, serta mengetengahkan tema cerita yang jarang-jarang ditulis oleh pengarang lain. Inilah antara faktor peminat-peminat Bahruddin Bekri sentiasa mencari dan menantikan karya beliau.

Sambutan yang memberangsangkan daripada para pembaca mendorong pihak PTS menerbitkan kompilasi Diari Mat Despatch, iaitu Trilogi Mat Despatch. Trilogi ini mengandungi siri Diari Mat Despatch yang terawal, iaitu Diari Mat Despatch, Diari Mat Despatch: Lelaki Baik, dan Diari Mat Despatch: Hati Emak.

Karya-karya pengarang prolifik ini, khususnya Trilogi Mat Despatch bukan kosong semata-mata, malah padat dengan moral dan kata-kata nasihat di sebalik unsur humor yang diselitkan. Jangan hanya menilai pada kulit buku sahaja, tetapi pembaca perlu menghayati kandungannya.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024