Artikel

Pengajaran Sepanjang Zaman: Kisah-Kisah Daripada Al-Quran & Hadis #3

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 19 Nov 2015

Bagi siri Bedtime Stories Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis #3 kali ini, PTS junior menyediakan kisah-kisah menarik sambungan daripada Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis #2 yang lebih menarik dan penuh teladan.

Kisah-kisah di dalam siri Bedtime Stories kali ini akan mengisahkan kisah peperangan, kejadian yang terjadi pada zaman para nabi dan juga kisah-kisah umat manusia yang hidup pada zaman itu.

Tambah menarik lagi kerana buku ini juga menceritakan tentang kepahlawanan nabi dan sahabat dalam menyebar dan menegakkan agama Islam.

Selain itu, buku ini juga sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur dan dapat memberikan kita penambahan ilmu tentang kisah teladan yang berlaku pada zaman itu.

Antara bonus lain bagi buku ini ialah ia berwarna penuh serta dipenuhi ilustrasi yang menarik.

Selain itu, ia juga mudah difahami oleh setiap golongan masyarakat.

Adalah sangat disarankan juga untuk menjadikan siri Bedtime Stories sebagai bahan penceritaan ibu bapa atau orang dewasa kepada anak-anak kerana ia mempunyai manfaat dari sudut ilmu Islam dan jauh lebih baik daripada daripada kita menceritakan kepada mereka kisah dongeng yang angan-angan semata.

Jadi para pembaca apa yang anda semua tunggu lagi?

Dapatkan sekarang siri Bedtime Stories dan jadikan ia koleksi untuk kanak-kanak Islam supaya mereka boleh menjadi generasi seterusnya yang boleh memimpin umat persis tokoh seperjuangan para nabi dan sahabat yang berani menyebar dan menegakkan agama di atas muka bumi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024