Artikel

Kisah Para Nabi yang Sentiasa Menjadi Tauladan Sepanjang Zaman: The Life of 25 Prophets

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 05 Aug 2015

Dunia ini tanpa orang-orang yang soleh akan cepat sekali hancur, maka Allah mengutus para nabi yang merupakan orang-orang yang soleh dan patut diteladani akhlaknya dalam memegang amanah Pencipta-Nya.

Maka wujudlah utusan Allah ini, agar orang-orang di dunia ini akan kembali kepada Allah dalam keadaan selamat.

Oleh itu, sayang sekali jika kita hanya mengenali nama para nabi tetapi tidak megetahui kisah-kisah yang terjadi di zaman mereka. Kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan dan diambil iktibar.

Banyak wahyu yang diberikan Allah kepada para nabi dan segala yang terjadi merupakan perkara-perkara yang luar biasa. Segala kisah di dalam buku ini juga ada dinyatakan dalam Al-Quran.

Sebagai orang dewasa, kita juga perlu mendidik anak-anak Islam supaya mengenali para nabi dengan lebih jelas supaya akhlak mereka sebati dengan cara kehidupan para nabi.

Buku ini jelas menarik perhatian dan minat kanak-kanak dan ia sesuai untuk mereka.

Jadi, bagi mengisi masa lapang mereka; kanak-kanak yang terluang berilah mereka peluang untuk mengenali siapa nabi mereka dan segala kisah para nabi yang menarik untuk mereka

 jadikan tauladan di dalam hidup masa kini juga masa hadapan.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024