Artikel

Kisah Penuh Teladan: Memerang Yang Berjasa dan Cerita-Cerita Lain

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 08 May 2015

Di sebuah kampung, datang seorang lelaki tua. Semua kanak-kanak mengerumuninya.

Ada yang menarik baju lusuhnya, ada juga yang menarik-narik seluarnya.

Sambil itu semua kanak-kanak merayu agar beliau bercerita kepada mereka.

Mereka mahu mendengar kisah yang dapat membuat mereka tertawa. Juga kisah yang membuat mereka menangis.

Membaca buku ini mengingatkan saya pada suasana di atas.

Mengimbau zaman dahulu kala yang dipenuhi kisah-kisah rakyat yang sarat dengan teladan dan wajar untuk terus dihidupkan meskipun di zaman kini.

Masih ingat Kisah Memerang Yang Berjasa? Mengapa ia tetap setia pada tuannya dan apakah balasan bagi Jalil yang tidak tahu menghargai budi?

Bagaimana pula dengan kisah Pelanduk Terlepas Jerat? Apakah yang menyebabkan ia terjerat di kebun itu dan bagaimanakah ia melepaskan diri dari petani?

Tidak lupa juga buat dua lagi kisah, Sebilah Kapak Emas dan Bayan Lepas. Semuanya ada pengajaran berharga buat pembaca cilik.

Bagi orang dewasa, ia mungkin terlihat biasa-biasa sahaja, namun bagi kanak-kanak, ianya adalah sebahagian daripada pendidikan tidak formal yang membentuk jati diri mereka.

Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Begitu juga bagaimana peribadi kanak-kanak akan terbentuk daripada acuan pendidikannya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024