Artikel

Koleksi Buku Pak Latip Edisi Jimat Sudah Terbit

oleh Roziyah pada 24 Aug 2010

Kini tuan dan puan dapat membeli buku Pak Latip dengan lebih murah apabila terbitnya edisi jimat koleksi buku-buku Pak Latip yang berada pasaran.

Menurut editor PTS Litera Utama, Tuan Bahruddin Mohamad Bekri, edisi jimat ini diterbitkan dengan harga yang jauh lebih rendah namun isinya tetap sama seperti naskah asal.

“Kita tidak mengubah isinya, cuma bukunya diterbitkan dalam edisi yang lebih menjimatkan,” jelas beliau lagi.

Bagi penulis novel sejarah nombor 1 PTS, Tuan Abdul Latip Talib, dengan adanya edisi jimat ini, penduduk luar bandar juga mampu memiliki novel-novel sejarah yang ada.

“Harapnya edisi jimat yang diterbitkan ini mampu dimiliki dan sampai kepada sasaran yang tinggal di luar bandar,” jelas Tuan Abdul Latip.

Edisi jimat yang diterbitkan ini mampu meningkatkan kuasa beli mereka yang tidak berkemampuan.

Edisi jimat ini mampu menjadi naskah koleksi bagi mereka yang berniat bagi mengumpul koleksi novel sejarah Tuan Abdul Latip Talip atau lebih dikenali sebagai Pak Latip ini.

Novel-novel hasil tulisan Pak Latip ini dijual dengan harga RM14 dan RM15 senaskah.

Antara buku-buku yang diterbitkan sebagai edisi jimat adalah Abu Ubaidah, Ikramah, Hulagu Khan, Khalid Al Walid, Salahuddin Ayubi, Muhammad Al Fateh dan Tariq.

Jangan lepaskan peluang mendapatkan buku-buku edisi jimat ini bagi melengkapkan koleksi hasil tulisan Pak Latip yang berada di pasaran berdekatan tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024