Artikel

Koleksi Nama Anak Terindah Bantu Ibu Bapa Pilih Nama Terbaik

oleh Roziyah pada 28 Oct 2010

Memberi nama yang baik kepada anak-anak adalah langkah awal membentuk peribadi anak-anak. Nama yang diberikan mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi mereka.

“Sudah menjadi kebiasaan dan trend masyarakat kita mengambil mudah dalam memberi nama kepada anak yang tidak membawa apa-apa maksud dan mungkin juga membawa kepada nama yang kurang elok,” jelas Editot Perolehan PTS Islamika Sdn Bhd, Tuan Md Amirol Ibrahim.

Tuan Amirol berkata, buku ini mampu menjadi panduan bernilai kepada ibu bapa dalam proses memilih nama anak yang bakal lahir.

Lebih menarik apabila buku ini disertakan dengan nama dan maklumat mengenai tokoh-tokoh Islam yang dikenali dan memberi sumbangan dalam dunia Islam.

Koleksi Nama Anak Terindah ini menghimpunkan nama anak-anak yang memberi maksud yang baik. Pemilihan nama-nama adalah daripada sumber yang sahih.

“Semoga dengan pemilihan nama yang baik untuk anak-anak akan membentuk peribadi unggul selaras dengan nama yang dipilih,” jelas beliau lanjut.

Buku ini ditulis oleh Tuan Marzuki bin Mohd Noor. Beliau yang juga pendidik di Selangor aktif menghasilkan buku panduan kepada masyarakat. Antara buku terbitan beliau adalah Panduan Pengurusan Jenazah, Mathurat, Koleksi Doa Terpilih daripada al-Quran dan banyak lagi.

Buku terbitan PTS Islamika ini boleh menjadi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya memilih nama anak yang baru lahir.

Dapatkan buku terbitan PTS Isamika ini di pasaran berdekatan tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024