Artikel

Komik Motivasi Berganda: MISI X MAP

oleh Izzati Nadia ZI pada 16 Mar 2016

Pernahkah anda berada dalam dilema tatkala mahu membeli komik, tetapi di halang oleh ibu bapa anda kerana ianya dianggap sebagai sebuah karya picisan?

Kini para pembaca tidak perlu lagi gusar untuk membaca komik kerana semua komik terbitan PTS adalah komik yang banyak memberi manfaat kepada para pembaca. Malah, penggunaan Bahasa Melayu dalam komik PTS mengikut kesesuaian Bahasa yang diajar di sekolah.

Komik Misi X MAP merupakan sebuah komik motivasi yang dihasilkan oleh tim misi dengan gandingan seorang pakar motivasi yang hebat di negara kita iaitu Dr. Tengku Asmadi. Kolaborasi ini adalah karya sulung beliau dalam penghasilan tulisan motivasi melalui komik.

Karya beliau sebelum ini bersama PTS Media Group, ‘Motivasi Alihan Pelajar’ pada tahun 2007 dan ‘Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif’ pada tahun 2009.

Untuk pelajar sekolah atau universiti yang mempunyai masalah berkaitan dengan pembelajaran dan cara pembahagian masa untuk belajar, komik ini adalah sangat sesuai untuk anda dapatkan.

Saya mengesyorkan komik ini harus dimiliki oleh setiap pelajar kerana ianya mengandungi petua-petua yang berguna yang boleh dipelajari oleh para pembaca. Antaranya petua menajamkan minda, petua belajar berkumpulan dan tip gaya pembelajaran yang betul.

Faktor lain yang menjadikan komik ‘Misi X MAP’ perlu dibaca oleh para pelajar adalah disebabkan oleh  gaya bahasa yang digunakan di dalam komik ini. Tiada sebarang istilah bahasa pasar yang digunakan juga dalam mana-mana komik terbitan PTS.

Saya yakin bahawa para pembaca bukan sahaja dapat menimba ilmu baharu daripada komik ini, tetapi anda juga dapat mempelajari metod penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Konklusinya, saya yakin para pembaca pasti berpuas hati dengan isi kandungan komik ini. Walaupun pada luarannya ia dikenali sebagai sebuah komik, akan tetapi isi yang terdapat di dalam bahan bacaan ini padat dengan tips yang berguna dan sesuai untuk dijadikan panduan kepada para pelajar terutamanya kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan-peperiksaan besar.

Anda pasti tidak akan rugi membaca komik ‘Misi X MAP’ ini kerana tulisan dan wataknya menghiburkan hati dengan jenaka. Para pembaca juga dapat menimba ilmu untuk memperbaiki kaedah pembelajaran masing-masing.

Semoga berjaya!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024