Artikel

Kupon Diskaun Khas Buat Pengunjung Carnival Buku MPH

oleh Roziyah pada 07 Dec 2011

Bermula 8 Disember ini, Kedai Buku MPH membawakan kepada tuan dan puan MPH Carnival 2011 yang menghimpunkan penerbit-penerbit di seluruh Malaysia dalam satu bumbung.

PTS selaku penerbit nombor satu Malaysia tidak ketinggalan mengambil tempat dalam Carnival ini dengan diskaun-diskaun menarik yang disediakan.

MPH Carnival 2011 yang diadakan di Mid Valley Exhibition Centre ini menawarkan diskaun hebat dan aktiviti menarik khusus buat peminat buku tempatan.

Bagi memeriahkan lagi MPH Carnival 2011 ini, PTS Bookcafe ini menawarkan 15% diskaun bagi semua buku terbitan PTS. Lebih menarik, bagi pelajar yang berpakaian sekolah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), serta Orang Kurang Upaya (OKU) dengan diskaun setinggi 20%.

Selain itu, pengunjung portal dan facebook PTS juga punya berpeluang mendapat diskaun menarik dari PTS Bookcafe melalui kupon diskaun yang disediakan di bawah. Muat turun kupon di bawah dan tunjukkan di kaunter bayaran booth PTS semasa di MPH Carnival.

Selain itu, buku percuma juga disediakan kepada 50 pembeli pertama setiap hari. Hamper percuma juga disediakan bagi pembelian buku bernilai RM200 dan ke atas.

Temui PTS di booth #1015 hingga #1018 bagi mendapatkan buku menarik PTS. Tuan dan puan juga berpeluang beramah mesra dan menjalankan aktiviti bersama penulis popular dari PTS.

Sertai PTS Bookcafe di MPH Carnival 2011 bermula dari 8 Disember hingga 12 Disember 2011 ini bagi mendapatkan buku yang baru dan panas di pasaran.

Cara-cara menggunakan kupon 20% PTS ini ialah seperti berikut:

1. Download kupon di bawah (Right click > Save image as..)

2. Print kupon ke atas kertas A4 atau sewaktu dengannya.

3. Bawa kupon ke MPH Carnival 2011 dan kunjungi booth PTS bernombor #1015-#1018 (Hall 1)

4. Tunjukkan kupon kepada cashier ketika pembayaran dibuat untuk menikmati diskaun 20% bagi semua buku PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024