Artikel

Laskar Pelangi The Series, eksklusif di saluran ALHIJRAH

oleh Masliza Nawi pada 15 May 2012

PTS Media Group dengan ini membawa perkhabaran gembira kepada peminat buku PTS kerana karya bestseller tulisan Andrea Hirata, Laskar Pelangi telah pun adaptasi ke drama bersiri. Drama ini akan disiarkan di saluran ALHIJRAH.

Menurut wakil dari ALHIJRAH, pemilihan Lasykar Pelangi adalah sangat bersesuaian kerana ia memperjuangkan semangat dan pengorbanan guru dan ini seiring dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei ini.

Laskar Pelangi The Series, akan bermula dari 15 Mei 2012 dan ditayangkan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 8.30 malam. Dalam Laskar Pelangi The Series, kisah yang disajikan lebih terperinci kerana memaparkan kisah-kisah yang tidak dapat dipaparkan di dalam filem.

Kisah mengenai pengorbanan guru dan murid warga Belitong ini amat manarik dan memberi pengajaran tentang betapa pengorbanan guru dalam memastikan anak muridnya mendapat ilmu untuk berjaya. Karya Andrea Hirata ini pastinya memberikan momen yang menarik untuk semua.

Seiring dengan tayangan ini, PTS akan mempromosikan semula buku Lasykar Pelangi yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Kepada peminat yang belum mendapatkan buku ini, boleh terus dapatkan di PTS Bookcafe atau wakil jualan PTS yang berhampiran.

Jadi kepada semua, jangan terlepas walau satu episod pun kerana cerita ini menjanjikan kepuasan yang berganda.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024