Artikel

Latih Anak Genius Dunia Akhirat

oleh Roziyah pada 28 Dec 2011

Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anaknya lahir sebagai anak yang cerdas, kreatif serta genuis dunia dan akhirat bagi masa depan yang cemerlang. Anak yang bijak adalah hasil daripada latihan dan didikan yang sempurna daripada ibu dan bapa yang cemerlang.

PTS Millenia yang menghasilkan buku-buku umum membawakan buku inspirasi terbaik kepada ibu bapa sebagai panduan bagi melatih anak-anak menjadi genius luar biasa dunia dan akhirat.

Buku Melatih Anak Menjadi Genius ini memberi panduan lengkap kepada ibu bapa bagi melatih anak supaya menjadi anak yang hebat dunia dan akhirat.

Antara hidangan menarik yang disediakan dalam buku ini termasuklah tip mencintai buku gaya Hamka, Cara menangani ‘mental block’ serta tip mencungkil bakat hebat dalam diri anak-anak. Selain itu, dipaparkan juga rahsia belajar sendiri gaya al-Makhzumi dan as Suyuthi.

Lebih menarik buku ini mendedahkan teori W-I-R-E-S dan lapan strategi menggalakkan pemikiran secara produktif.

Buku Melatih Anak Menjadi Genius ini mampu melorongkan cara kepada ibu bapa dalam mendorong anak menjadi diri sendiri berbekalkan keupayaan semula jadi yang dimiliki mereka.

Dapatkan buku menarik khas buat ibu bapa sempena tahun baru ini. Layari www.bookcafe.com.my atau dapatkan juga buku-buku menarik terbitan PTS di rangkaian kedai buku terpilih seluruh Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024