Artikel

Majlis Pelancaran Komik Takaza (Komik-M PTS) di MPI Bangi

oleh Helmi pada 07 Oct 2009

PTS dengan sukacitanya menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Pelancaran Komik Takaza terbitan Komik-M, PTS Millennia Sdn. Bhd. Butiran lanjut majlis ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Al-Ghazali, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam Selangor (IPGM-KPIS).
(Maktab Perguruan Islam, Bangi)

Majlis anjuran IPGM-KPIS dengan kerjasama PTS ini akan disempurnakan oleh Pengarah IPGM sendiri iaitu Tuan Haji Amin Mohd Rashid. Majlis ini juga akan dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPGM, ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah dan para pelajar.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menceriakan lagi majlis ini.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024