Artikel

Mari Memupuk Persahabatan: Atan #1: Sahabat Selamanya

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 17 Oct 2013

Keakraban boleh terjalin antara sesiapa sahaja, termasuklah manusia dan binatang.

Mereka berhak untuk menimbulkan kemesraan yang berpanjangan walaupun manusia dan binatang sukar berkomunikasi dalam bentuk yang paling jelas.

Penulis Ben sekali lagi menghasilkan sebuah komik bertemakan persahabatan dan kasih sayang yang wujud antara manusia dan binatang.

Komik Atan Sahabat Selamanya memaparkan Atan iaitu seekor kerbau yang menjadi teman paling rapat kepada Hasbi.

Hasbi sangat sayang teman karibnya itu dan tidak mahu kehilangan Atan. Kehidupan Hasbi hanya berlegar di sekeliling Aniqah dan Anisah, sepasang kembar comel yang sebaya dengannya.

Walau bagaimanapun, hidup Hasbi mula berubah sejak kehilangan pasangan kembar comel itu.

Bermacam-macam usaha dilakukan namun misteri kehilangan salah seorang kembar itu masih belum terjawab.

Ikuti siri komik ini untuk membongkar misteri kehilangan pasangan kembar dan kisah keakraban Atan dan Hasbi.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024