Artikel

Mari Meneroka Dunia Sains dengan Mudah: Komik Sains Kuark

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 06 Aug 2015

Mari mengenal dan cintakan sains dengan mudah dan seronok!

Adik-adik akan bersama-sama menerokai dunia sains dengan seronok bersama Kuark.

Komik Sains Kuark ini mudah dibaca dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja!

Terdapat pelbagai cerita yang disampaikan untuk adik-adik dengan unik untuk belajar sains dengan senang.

Bukan sahaja adik-adik! Malah abang, kakak, cikgu dan ibu ayah juga boleh baca komik ini untuk menambah ilmu sains.

Ketahui kenapa mata kita asyik berkelip. Haiwan mana lagi yang tergolong dalam keluarga kucing dan ianya semua pasti menghiburkan! Sejarah bagaimana terciptanya kain dan cermin dan banyak lagi!

Adik-adik juga boleh menguji kepintaran adik-adik dengan pelbagai kuiz yang juga secara tak langsung memberi pengetahuan sains kepada kita semua.

Tambahan pula, terdapat pelbagai eksperimen yang menarik dan seronok untuk dicuba adik-adik bersama keluarga dan guru.

Selain dari itu, adik-adik juga boleh mewarna secara kreatif di beberapa halaman yang disediakan.

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau mahu bijak sains! Dapatkan Komik Sains Kuark sekarang!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024