Artikel

MCPITCH Kumpul Penerbit Buku dan Pengiat Filem Bawah Satu Bumbung

oleh Roziyah pada 16 Nov 2011

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurkan Malaysia Creative Pitch (MCPITCH) bagi menghimpunkan penerbit buku, penggiat filem dan stesen televisyen di bawah satu bumbung bagi bertemu dan membincangkan idea menarik bagi meningkatkan industri penerbitan tempatan.

MCPICTH ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada semua penerbit di Malaysia bagi berkongsi idea dan pendapat secara terus kepada individu atau organisasi yang tepat.

Selain itu, penganjuran MCPICTH ini juga memboleh individu yang hadir melahirkan idea kreatif dalam bentuk cerita TV, filem, dokumentari, iklan, animasi, adaptasi, novel, buku-buku komik dan sebagainya. Hal ini bagi memperbanyakkan lagi pengisian kandungan di Malaysia.

PTS juga turut membuka booth jualan dan pameran buku selain berkongsi idea mengenai buku dan adaptasi dalam MCPITCH ini.

Program yang diadakan pada 17 November (esok) ini dibuka kepada umum bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang di Kompleks Studio Merdeka, Finas, Hulu Klang.

Tuan dan puan dijemput hadir bagi memeriahkan MCPITCH yang julung kali diadakan ini selain dapat berkongsi dan mendengar idea bagi memajukan lagi industri penerbitan di Malaysia

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024