Artikel

Media Perlu Bergerak ke depan, Bawa Makna Kebebasan Yang Sebenarnya

oleh Asri Yussof pada 02 Jun 2018

Bebas bermaksud merdeka. Selepas 61 tahun Malaysia berada di bawah regim UMNO-Barisan Nasional, kini Malaysia sudah dipandu oleh kepimpinan baru, menteri baru dan pengurusan baru.

Media juga telah diberikan kebebasan untuk menyampaikan berita, menulis dan berdialog secara tuntas kepada publik.

Wartawan, penulis buku, rumah penerbit dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja media dan pencerahan perlu lebih aktif untuk menawarkan karya-karya yang bernas dan mapan. Malaysia baru hari ini tiada lagi penindasan dan sekatan. Kita bebas untuk menawarkan apa yang kita percaya dan yakini.

nurul izzah

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menegaskan untuk memansuhkan rang undang-undang akbar percetakan dan penerbitan bagi menyokong kebebasan media.

“Ini adalah era baru untuk Malaysia di  mana kami perlu meraikan kebenaran. Kita perlu adil menerima kritikan dalam membina negara.

“Adalah menjadi komitmen saya untuk memastikan kebebasan media secara holistik,”

Siapa yang sebelum ini takut, tertawan dan merendah untuk menjaga periuk nasi, sikap ini perlu dibuang jauh-jauh dari jiwa. Jangan takut lagi dan jangan lagi bermain tarik tali untuk memberi pencerahan. Nyatakan kebenaran dan raikan kebebasan yang telah kita kecapi ini selepas 61 tahun kemerdekaan Malaysia.

Klik di sini untuk lihat buku-buku terbaru

tun M

Ungkapan dari Paulo Freire ini mungkin yang menarik untuk direnungi bersama,

“[T]he more radical the person is, the more fully he or she enters into reality so that, knowing it better, he or she can transform it. This individual is not afraid to confront, to listen, to see the world unveiled. This person is not afraid to meet the people or to enter into a dialogue with them. This person does not consider himself or herself the proprietor of history or of all people, or the liberator of the oppressed; but he or she does commit himself or herself, within history, to fight at their side.”

Kata Freire lagi,

“The greatest humanistic and historical task of the oppressed: to liberate themselves…”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024