Artikel
Melalui Lebih 25 Tempat dan 13 Negara, Inilah Traveler Melayu Pertama: Enrique Melaka
oleh Asri Yussof pada 21 Jun 2016
1511
-
Melaka jatuh ke tangan Portugis
-
Akhir Ogos: Beliau ditawan sebagai hamba tawanan perang dan dikristiankan oleh Ferdinand Magellan lalu diberi nama Enrique atau lebih dikenali dalam sejarah sebagai Enrique of malacca
-
Akhir Disember: Berlayar ke Portugal mengikut Magellan apabila diperintahkan pulang oleh Albuquerque
1522
-
Berlayar ke Goa, India; memusing di Tanjung Harapan (Cape of Good Hope), Afrika Selatan
-
Jun: Sampai di Lisbon, Portugal
1513
-
Enrique mengikut Magellan ke Azamor, Maghribi untuk terlibat dalam peperangan untuk menghapuskan pemberontakan, akibatnya kakinya tempang
1515
-
Pertengahan Ogos: Berada di Lisbon selepas kembali dari Azamor dan tidak lama selepas itu berhijrah ke Porto. Ketika ini Magellan berumur sekitar 40 tahun.
1517-1518
-
Mengikuti magellan meninggalkan Portugal pergi ke Sepanyol buat selamanya
-
20 September: Sampai di Seville dari Potugal
-
Mengikut Magellan dalam perundingan dengan orang yang berpengaruh di Sepanyol
-
Diperlihatkan kepada raja Sepanyol, King Charles V di Valladodid oleh Magellan sebagai bukti Enrique seorang peribumi Melayu
-
Enrique terlibat dengan persiapan Armada untuk berlayar ke Maluku
1519
-
10 Ogos: Armada memulakan pelayaran dari pelabuhan Seville menyusuri Sungai Guadalquivir ke muara di San Lucar de Barrameda, Spain.
-
24 Ogos: Magellan menulis surat wasiat dan menyatakan tentang pembebasan hambanya, Enrique dengan dibayar pampasan belanja sara hidup 10,000 maravedis
-
20 September: Magellan memulakan pelayaran sebenar Armada de Maloccus ke Maluku dari San Lucar de Barrameda.
-
Enrique atau Panglima Awang sentiasa bersama-sama Magellan dan didaftarkan di dalam kapal utama, Trinidad sebagai penterjemah dengan bayaran gaji 1,500 maravedis
-
26 September: Sampai di Pulau Tenerife, kepulauan Canary.
-
Magellan mendapat surat amaran daripada bapa mertuanya mengingati tentang niat jahat orang sepanyol terutama Cartagean.
-
3 Oktober: Melintasi Cape Verde dan terus berlayar di pesisir pantai Liberia dan Sierra Leone. Magellan menghukum penjenayah dari kapal Victoria kerana kesalahan meliwat berhampiran Guinea
-
Oktober: Menyaksikan pemberontakan yang diketuai oleh Cartagean tetapi dapat dipatahkan oleh Magellan dan memulakan penyeberangan Lautan Atlantik
-
29 November: Nampak dataran pertama di Pernambuco, Brazil selepas menyeberangi Lautan Atlantik dari Benua Afrika
-
13 September: Berlabuh di pelabuhan Rio de Jeneiro dan bertemu penduduk asli Brazil
-
26/27 Disember: Meninggalkan Rio de Janiero, Brazil berlayar menghala ke selatan
1520
-
31 Mac: Sampai di San Julian
-
31 Mac - 24 Ogos: Terperangkap di San Julian, Argentina kerana cuaca buruk dan musim sejuk.
-
1 April: Menyaksikan pemberontakan kedua yang terbesar yang diketuai oleh Quesada dan Cartagena di San Julian, Argentina tetapi dapat dipatahkan oleh Magellan. Ramai pemberontakan ditangkap dan dihukum dengan hukuman berat.
-
24 Ogos: Armada meneruskan pelayaran ke selatan dengan meninggalkan Juan de Cartagean dan seorang paderi di situ
-
Kapal Santiago karam dipukul ribut
-
21 Oktober: Ekspedisi Magellan menemui tanjung yang kemudiannya dinamai Cape Virgins yang merupakan pintu masuk ke laluan menghala ke barat yang sekarang ini dikenali sebagai Selat Magellan
-
28 November: Sampai di Lautan Pasifik. Berada di Lautan Pasifik selama tiga bulan dan 20 hari tanpa mengambil sebarang bekalan semasa pelayaran.
1521
-
6 Mac: Nampak dataran kepulauan Guam ketika menyeberangi Lautan Pasifik selama 98 hari dari Selat Magellan
-
16 Mac: Sampai di kepulauan Filiphina di Pulau Samar
-
22 Mac: Peribumi datang membawa makanan seperti yang dijanjikan pada waktu tengah hari
-
28 Mac: Pertama kali muncul dalam laporan Pigafetta apabila berkomunikasi dengan peribumi tempatan, Raja Colambu
-
1 April: Enrique dihantar oleh Magellan ke pantai bagi membeli bekalan makanan
-
7 April: Armada sampai ke Pulau Cebu
-
14 April: Mendarat di pantai bersama 40 pelayar lengkap bersenjata
-
26 April: Raja Mactan menghadiahkan dua ekor kambing menerusi anaknya sebagai wakil kerana tidak dapat hadir berjumpa Magellan sendiri kerana keengganan puak Lapu-Lapu
-
27 April: Menyertai pertempuran menentang peribumi Mactan dan sentiasa berada di sini Magellan sehingga magellan mati terbunuh. Enrique tercedera.
-
1 Mei: Pelaut sepanyol diperdaya dengan satu undangan jamuan yang mengakibatkan seramai antara 24 hingga 27 orang terbunuh.
-
Pelaut yang tidak menghadiri jamuan tersebut berjaya melarikan diri bersama tiga buah kapal bagi meneruskan palayaran ke Pulau Tidore, Maluku.
-
Pakatan ini didakwa didalangi oleh Enrique bersama-sama Raja Humabon
-
Di sinilah catatan terakhir sejarah tentang Enrique
Selepas Enrique Melaka Melalui Lebih 25 Tempat dan singgah di 13 Negara, beliau dinobatkan sebagai orang Melayu pertama mengelilingi dunia.