Artikel

Memahami Tegur Menegur Dan Ditegur

oleh Asri Yussof pada 07 Oct 2018

Zaman teknologi yang semakin canggih, semua orang sudah keluar dari kepompong tempurung. Kepompong yang mana bila kita lakukan kesalahan, yang tahu mungkin hanya sebilangan orang-orang di kampung.

Dengan munculnya facebook, instagram, youtube dan segala macam media sosial yang ada, kita semakin mudah untuk bertegur sapa. Lebih dari itu, kita juga suka tegur menegur dengan berhujahkan ‘amar makruf nahi mungkin’- mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi adakah perbuatan kita tepat?

Dalam buku Nasihat Buat Diri, yang dikarang oleh Nur Mohamad Adli Rosli yang beliau ambil dari kata-kata Habib Ali Zaenal Abidin, beliau menulis satu bab iaitu Memahami erti menegur dan ditegur.

Dalam perenggan pertama pada bab ini, penulis memberitahu, orang yang mengajak orang lain berbuat baik itu perlu terlebih dahulu dirinya diminta berbuat baik. Tetapi orang yang menerima teguran tidak boleh membalas dengan kata-kata “Kamu juga tidak buat, selepas itu suruh aku yang buat?”.

Tambah penulis lagi, bila datang kepada kita satu ajakan untuk melakukan kebaikan atau melarang kita untuk melakukan kemungkaran, sebenarnya itu adalah larangan dari Allah swt. Tetapi jika yang mengajak itu melakukan kemungkaran juga, itu sememangnya salah bagi dirinya.

Ramai dari kalangan pengguna media sosial media hari ini yang membuat video parodi dengan bertujuan dakwah sebenarnya menyimpang dari maksud yang ingin disampaian oleh penulis dalam buku ini.

Parodi-parodi yang mengeji dan sesetengahnya yang keterlaluan untu mendapatkan perhatian di media sosial dengan alasan dawah adalah sesuatu yang sangat hipokrit dan sudah lari dari maksud asal ‘amar makruf nahi mungkin’. Ramai yang ambil sebahagian dari maksud asal iaitu hanya melakukan ‘nahi mungkar’ tetapi meninggalkan ‘amar makruf’.

Tulis penulis lagi dalam bab ini, menjadi tanggungjawab bagi diri kita untuk mendengar apa yang disampaikan. Arahan mahupun tegahan. Dan sebaiknya kita mengambil manfaat daripada apa yang disampaikan itu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024