Membongkar Keberkesanan Perubatan Islam: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi 2015)

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 26 Jan 2015

Apabila kita membicarakan soal sains dan Islam, ataupun perubatan dan Islam, maka nama Dr. Danial Zainal Abidin adalah nama penting yang wajar disebut.

Lebih-lebih dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia. Seorang doktor perubatan yang juga terkenal mahir dalam memberi penafsiran agama, Dr. Danial adalah jurucakap Perubatan Islam yang dinanti-nanti.

Buku ini, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden adalah salah satu karya best-seller beliau. Melihat pada keperluan dan juga sambutan masyarakat, kali ini penulis hadir dengan versi kemaskni yang lebih menarik.

Bukan sahaja kini menampilkan isi yang 100% berwarna, bahkan edisi baru ini mengandungi banyak maklumat-maklumat terbaru. Poin penting dalam buku ini adalah bagaimana kita melihat Perubatan Islam.

Adakah Perubatan Islam itu semata-mata jampi dan menghalau jin? Adakah Perubatan Islam itu cukup dengan minum air penawar? Adakah Perubatan Islam itu maknanya makan kurma dan minum zam-zam sahaja?

Ada banyak isi menarik dalam tulisan beliau ini. Antaranya kita mampu mengetahui bahaya shisha, kesan TV kepada otak kanak-kanak, bahaya babi, isu botox, persoalan klon, bahaya babi, dan perbincangan sekitar imunisasi bayi.

Dengan ketebalan melebihi 400 mukasurat, tentulah ada banyak lagi yang ditawarkan beliau dalam naskhah terkini ini.