Artikel

Membongkar Misi Tersembunyi: Hero VS Pengemis Gedik

oleh Rashiela Nurain pada 02 Oct 2013

Kesempitan hidup memang mendesak manusia mencari wang dengan cara apa sekalipun.

Kisah bermula apabila ketua kumpulan Jahatnya Orang Itu (JOI) iaitu Taikocheng terpaksa membatalkan percutiannya gara-gara kereta mewahnya ditarik!

Taikocheng atau lebih dikenali sebagai Dato’ Taiko itu mengerah anak-anak buah yang taat setia mencari jalan menyelesaikan masalahnya itu.

Puaslah Lady Jajan, Doremok, Mr. Pinki, Papa Jon dan Mama Mia berfikir, akhirnya mereka mengambil satu keputusan yang di luar kotak fikiran….

Skuad Hero Sri Bangsar dikejutkan dengan berita kehadiran seorang pengemis yang over reacting.

Pengemis wanita yang dikenali sebagai Pengemis Gedik itu dikatakan sering menggoda mangsanya dengan minyak wangi Gegirl de Gediks yang disembur sebagai pemukau.

Gadis Bintang makin berang apabila aktor pujaannya Randi Penatlelah turut menjadi mangsa Pengemis Gedik. Maka mereka pun mengatur strategi sehingga Lady Jajan tertangkap.

Apa kaitan Lady Jajan dan Pengemis Gedik itu? Adakah ia bersangkut paut dengan kumpulan JOI? Dapatkan naskhah Hero vs Pengemis Gedik bagi mengikuti kisah lucu ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024