Artikel

Membongkar Rahsia Tersembunyi: Pink Riding Hood Dan Serigala Tembam

oleh Nor Adilah Riduan pada 09 Oct 2013

Blink Book sekali lagi menampilkan kelainan dalam novel bersiri Dongeng Sri Bangsar.

Kali ini Dongeng Sri Bangsar mempersembahkan kisah Fizz dan Tizz yang menyelesaikan kes Pink Riding Hood dan Serigala Tembam atau lebih mesra dipanggil Tom Tem Bam di alam dongeng.

Bermula dengan kebakaran yang meragut nyawa Grandmama, Pink Riding Hood dan Tom Tem Bam menjadi pelarian di dalam hutan.

Mereka dituduh berkomplot membakar rumah Grandmama dengan niat mahu membunuhnya.

Dalam tempoh pelarian, mereka berdua menumpang di rumah keluarga Bear yang berasingan.

Namun, rumah Nana Bear dan Mama Bear musnah. Rumah tumpang yang seterusnya adalah rumah batu Papa Bear. Papa Bear mencadangkan supaya Pink Riding Hood dan Tom Tem Bam meminta bantuan daripada Konsortium Pari-Pari.

Tetapi, berlaku konflik antara Pink Riding Hood dan Tom Tem Bam dengan Konsortium Pari-Pari sebelum mereka mencapai kata sepakat.

Sejarah agensi jahat turut diceritakan. Siapa sangka kematian Grandmama palsu! Grandmama sengaja meletupkan rumah sendiri dan memalsukan berita kematiannya.

Tetapi, mengapa pula Grandmama bertindak sedemikian? Apa muslihat Grandmama sebenarnya?

Dapatkan naskhah ini di pasaran segera bagi merungkai persoalan ini. Novel yang dikarang dengan gaya bahasa yang bersahaja ini turut diselitkan dengan unsur-unsur humor yang akan membuatkan para pembaca terkekeh-kekeh berseorangan. 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024