Artikel

Mengapa Iblis Perlu Patuh Kepada Allah s,w.t

oleh Roziyah pada 23 May 2014

Soalan : Sekiranya Iblis itu jin dan bukannya malaikat, timbul lagi satu persoalan. mengapa Iblis perlu patuh kepada perintah Allah s.w.t.? Bukankah perinta supaya sujud kepada nabi Adam a.s. itu hanya ditujukan kepada Malaikat, dan bukannya jin?


Jawapan : Walaupun perintah itu ditujukan kepada malaikat, tetapi Iblis wajib taat kepada perintah Allah s.w.t. kerana Iblis tinggal bersama-sama dengan para malaikat. Sama seperti warga asing yang tinggal di negara ini. Walaupun dia bukan warganegara Malaysia, tetapi dia perlu patuh kepada undang-undang Malaysia. 

Demikian juga dengan Iblis. Apabila dia tinggal bersama-sama dengan para Malaikat, maka tidak ada pengecualian pada dirinya melainkan dia mesti patuh kepada perintah Allah s.w.t. 

Dipetik daripada buku Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian : Hujan Mencabar Keimanan. Layari http://pts.com.my/index.php/buku/islam-menjawab-20-hujah-mubaligh-kristian bagi mendapatkan buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024