Artikel

Menyelami Isu-Isu Kontemporari Popular: Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 4 (Hubungan Kemasyarakatan)

oleh Noor Hidaya Arshad pada 09 Jun 2015

Siri Fatwa Kontemporari kali ini membawakan topik yang lebih menyeluruh iaitu isu kemasyarakatan. Kita dapat menelusuri isu-isu berkaitan kewangan, makanan, aktiviti semasa, dan kematian.

Ada di antara perkara yang dibangkitkan memerlukan kita berfikir lebih mendalam untuk mendapatkan pemahaman.

Contohnya, isu undang-undang Islam dan hakikat kesufian. Penjelasan terhadap persoalan-persoalan tersebut diberikan dengan jelas beserta dalil-dalil yang sahih.

Buku dengan format soal jawab ini memudahkan kita memahami setiap topik yang diketengahkan kerana soalan-soalan yang ditujukan dihuraikan dengan jelas oleh penyoal.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga memang sudah dikenali dengan huraian penerangan yang jitu dan beliau mengambil langkah mudahkan jangan susahkan dalam memberikan fatwa.

Naskhah ini memberi impak yang bagus untuk kita menjalani kehidupan sebagai muslim sejati. Ia seperti satu pelindung daripada dakyah-dakyah negatif yang akan mempengaruhi pemikiran kita.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024