Merancang Mahu Terbang ke New Zealand? Mungkin Buku Ini Patut Jadi Panduan Anda

oleh Bookcafe.com.my pada 22 Jan 2018

New Zealand adalah sebuah negara yang mempunyai keindahan alam semula jadi yang mampu memukau setiap manusia, gunung-ganang yang menakjubkan, persisiran pantai yang cantik serta deretan glasier yang besar.

New Zealand terletak di barat daya Lautan Pasifik yang terdiri daripada 2 pulau utama, yang ditandai oleh gunung berapi dan glasier. Filem “Lord of The Rings” menjadikan New Zealan sebagai tempat penggembaran mereka, seperti rumah Hobbit.

hobbit

Kepada anda yang belum tahu, New Zealand direkodkan antara negara yang paling aman di dunia dan mempunyai bilangan tentera yang paling sedikit. Bangsa Mouri menjadi puak minoriti yang terbesar berbanding minoriti yang lain. New Zeaand disebut Aotearoa dalam bahasa Mouri.

Sejarah Ringkas New Zealand

Menurut mitos legenda orang Maori pertama datang ke New Zealand ialah Kupe. Kira-kira 1000 tahun dahulu, dia mendayung kanu dari Polinesia dan menemui Pulau Selatan lalu menamakan tanah baharu itu Aotearoa yang bermaksud negara awan putih yang panjang.

Mouri

Nama tersebut digunakan hingga kini yang bermaksud New Zealand dalam bahasa Maori. Kebanyakan puak Maori mula bertapak dan membina kumpulan masyarakat mereka.

Orang Eropah pertama yang tiba di kepulauan New Zealand ialah penjelajah Belanda, Abel Tasman. Dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1630 dan mengetuai anak kapal dalam pencarian wilayah perairan yang belum diterokai.

New zealand

Dia menemui kepulauan New Zealand pada tahun 1642. Pada tahun 1769, penjelajah British, Kapten James Cook mengambil masa selama enam bulan untuk mengkaji dan melakar peta New Zealand.

Pada abad ke-18, orang Eropah mula bermigrasi ke New Zealand disebabkan kekayaan sumber semula jadinya dengan bantuan Kerajaan England. Pada masa yang sama, mereka cuba meluaskan jajahan Eropah.

I’m A Backpacker New Zealand

Trip Adik Beradik yang mengendalikan perniagaan travel ke New Zealand dengan menggunakan Caravan telah bekerjasama dengan penerbit Puteh Press bagi menjayakan buku I’m A Backpacker New Zealand.

i'm a backpacker new zealand

Klik di sini untuk memiliki buku I'm A Backpacker New Zealand

Karavan digunakan seabgai tempat penginapan dan penggangkutan ketika melancong. Percutian menggunakan karavan akan menjadi percutian yang lain dari yang lain dan patut anda cuba.

Ini kami kongsikan tempat-tempat menarik yang patut anda singgah jika datang ke New Zealand

Lake Tekapo

1. Church of Good Shepherd

2. Lake Tekapo

3. Queenstown

new zealand

4. Milford Sound

new zealand

5. Kawarau Bridge Bungy

6. Dunedin

new zealand

7. Akaroa

8. Franz Josef Glacier