Artikel

Novel WIZRA, Tempat Pertama Buku Terbaik 2017

oleh Asri Yussof pada 03 Jan 2018

Novel Wizra merupakan novel kedua dalam siri Kronika Nashan yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah dan diterbitkan oleh Penerbit-X pada 23 Januari 2017.

Rumah Lipur Lara menyenaraikan novel Wizra ditempat pertama untuk 10 buku terbaik sepanjang tahun 2017. Buku-buku ini dipilih masuk senarai buku terbaik 2017 berdasarkan rating mereka di Goodreads. Wizra mendapat rating sebanyak 4.94 di Goodreads mengalahkan buku Arkitek Jalanan tulisan Teme di tempat kedua dan novel Jika Aku tulisan Anna Lee di tempat ketiga.

ahmad patria dan penerbit-X

(Foto: Ketika Majlis Pelancaran Novel Wizra di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Ahmad Patria (hujung) bersama-sama Roshfaizal: pereka kulit novel Wizra, Jimi: Ilustrasi peta dan Zaki Zainol: editor)

Wizra adalah sebuah novel “high-fantasy” yang mengisahkan tentang sebuah negara kota jauh ke utara Aurora, yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra.

Dan kini menjadi pertaruhan, dalam pertempuran seru antara tentera Nashan pimpinan Mori, kesatria utusan Artakus, Lodra. Perang Aurora yang menentang gerombolan reneger Sursis, panglima adi dan pahlawan yang tidak terkalahkan dari Gunung Utara.

Kebijaksanaan kepimpinan Melyn dan firasat Merkia, magia adi yang menguasai Jalan Telus, menyaksikan kemunculan Spiara Bulwar, senjata legenda yang menakluki naga dan monstra. Demi menumbangkan Sursis, yang tidak mempunyai tandingan di medan perang.

Namun segala-galanya bermula sebelum itu, pada zaman yang sudah berlalu, sewaktu Imru memerintah Aurora dari Toar Tirana dan Orde Karmawizra masih gemilang di Toar Nebula.

Dengan seorang perantis bernama Nazril, yang satu hari nanti bakal memegang sutaf Helang Siluman, menjadi wizra gelanggang angin dan bayang.

Perjuangannya bakal menggegar Takhta Bayang di Toar Magzul, mencabar penguasaan para morduwizra dan empayar Morrok, sehingga detik kemunculan Artakus. Dan dia paling terkenal, dengan hanya satu gelaran- Wizra.

reviu wizra

novel wizra

novel wizra

Dalam ketiga-tiga buah novel siri Kronika Nashan, novel Wizra adalah novel yang paling tebal dengan jumlah halaman sebanyak 520 halaman dan ditambah dengan 21 halaman glosari yang memperkenalkan pembaca dengan bahasa Kushan yang dicipta sendiri oleh Ahmad Patria untuk siri Kronika Nashan.

buku pts

Novel Ketika Azazil Berputus Asa tulisan Hadi Fayyadh di tempat keempat. Fir & Anne yang ditulis oleh salah seorang ahli farmasi di tempat ke lima. Novel Breathe tulisan Dr. Beni berada di tempat keenam.

Buku berbahasa inggeris, Men Are Dicks terbitan Neon Terbit di tangga ketujuh, Gantung 2 karya Nadia Khan terbitan FIXI ditempat kelapan. Novel Rahsia tulisan Faizal Sulaiman dan novel Kampus masing-masing di tempat ke sembilan dan sepuluh.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024