Artikel

Paparan 31 Kisah Nabi Penuh Warna-Warni di PBAKL

oleh Roziyah pada 28 Mar 2011

Selain menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat, nabi-nabi kita mempunyai kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah.

PTS Islamika Sdn. Bhd kini menerbitkan 31 Kisah Nabi yang ditulis oleh Wan Nor Ainon Wan Abdullah yang memaparkan kisah benar yang terjadi kepada nabi-nabi agar dapat menjadi pedoman dan memberi kesedaran perihal keistimewaan nabi-nabi.

Anak-anak pastinya teruja apabila membaca cerita nabi ini kerana terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang yang dicetus oleh para nabi kita tanpa kita sedari.

Buku ini juga mendedahkan perihal manusia pertama yang menggunakan teknologi alat tulis, perihal nabi yang kalis api dan kisah nabi yang mempunyai suara terbaik di zamanya selain mampu melembutkan besi menggunakan tangannya sendiri.

Buku yang berwarna-warni ini menambahkan lagi minat adik-adik bagi mendalami kisah para nabi.

Buku ini juga menjadi bahan terbaik bagi ibu bapa yang mencari buku cerita berkaitan para nabi yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada anak-anak perihal kisah nabi-nabi yang perlu dikenali dan diikuti.

Dapatkan buku menarik dan berwarna-warni ini yang terbit di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC) pada 22 April hingga 1 Mei ini.

Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai PBAKL yang akan berlangsung kurang sebulan lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024