Artikel

Pekak, Hanyut & You Mean The World To Me Tercalon 8 Kategori Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL

oleh Asri Yussof pada 14 Sep 2017

Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2017. Bagi mereka yang terlibat dalam industri filem tanah air atau mereka yang ikhlas menonton, semua sedang menunggu siapakah yang bakal dinobatkan dan berjaya di Anugerah Festival Filem Malaysia yang bakal diadakan tidak lama lagi. Tetapi dari pihak peganjur FFM dengarnya tidak akan mengeluarkan senarai pendek pencalonan.

Sebelum ini, kita dilanda perdebatan yang serius tentang wajah filem Malaysia dan wajah filem bahasa Melayu. Walaupun berpuluh tahun sudah kita merdeka dan membina sebuah negara Malaysia bersama-sama tetapi kita tetap tidak mampu mencari wajah yang sebenar. Kesian. Filem Jagat yang terkena.

jagat

Adakah keduanya perlu dibezakan ataupun tidak? Kita melihat peganjur sebelum ini tidak dapat untuk menguruskan isu dan kategori pencalonan dengan baik. Ramai yang beranggapan tidak wajar untuk kita meletakkan beza antara filem yang berbahasa melayu ataupun tidak kerana keduanya tetap lahir dari negara yang sama – Malaysia.

Tahun ini kita merayakan kemerdekaan ke-60 tahun. Adakah kita bakal mengulang kebodohan yang sama? Semoga kita tidak terjeremus ke dalam lembah yang hina ini.

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur mendahului Festival Filem Malaysia dengan siap mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur bagi tahun 2017.

pekak

Tiga buah filem yang mendapat pencalonan paling tinggi – sebanyak 8 kategori iaitu, Pekak, Hanyut dan You Mean The World To Me. Manakala, filem Interchange hanya mendapat pencalonan untuk 5 kategori sahaja, Adiwiraku-6, Rock Bro: Kembali ke Pangkal Jalan-2, Lebuhraya ke Neraka-1, Alif Dalam 7 Dimensi-1, dan Hijabsta Ballet-1.

Semua teruja dengan senarai pencalonan ini yang datang bukan dari pihak yang berautoriti atau mereka yang mempunyai kuasa pentadbiran yang luas. Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur hanya dianggotai oleh 16 orang muda yang sering memberi ulasan filem di blog. Tentu saja penerajunya adalah Fadli al-Akiti yang ulasannya sering ditunggu-tunggu di blog tontonfilem.

Berikut ini adalah senarai penuh pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017:

 

PENGARAH TERBAIK

Mohd Khairul Azri Md Noor untuk Pekak

U-Wei Haji Saari untuk Hanyut

Dain Said untuk Interchange

Eric Ong untuk Adiwiraku

Saw Teong Hin untuk You Mean the World to Me

 

PELAKON LELAKI TERBAIK

Zahiril Adzim untuk Pekak

Khir Rahman untuk Rock Bro: Kembali ke Pangkal Jalan

Peter O’Brien untuk Hanyut

Frederick Lee untuk You Mean the World to Me

Khir Rahman untuk Lebuhraya ke Neraka

 

PELAKON WANITA TERBAIK

Sharifah Amani untuk Pekak

Diana Danielle untuk Hanyut

Prisia Nasution untuk Interchange

Sangeeta Krishnasamy untuk Adiwiraku

Yeo Yann Yann untuk You Mean the World to Me

 

SINEMATOGRAFI TERBAIK

S’ham Mokhtar untuk Pekak

Arkadiusz Tomiak untuk Hanyut

Jordan Chiam untuk Interchange

Husni Hassan untuk Adiwiraku

Christopher Doyle untuk You Mean the World to Me

 

LAKON LAYAR TERBAIK

Mohd Khairul Azri Md Noor untuk Pekak

Mamat Khalid untuk Rock Bro: Kembali ke Pangkal Jalan

U-Wei Haji Saari untuk Hanyut

Jason Chong, Eric Ong dan Yentanamera untuk Adiwiraku

Saw Teong Hin untuk You Mean the World to Me

 

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Amerul Affendi untuk Pekak

Alif Satar untuk Aliff Dalam 7 Dimensi

Shaheizy Sam untuk Interchange

Adi Putra untuk Hanyut

Season Chee untuk You Mean the World to Me

 

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Sharifah Sakinah untuk Pekak

Sofia Jane untuk Hanyut

Nur Irdina Tasnim Ishak untuk Adiwiraku

Neo Swee Lin untuk You Mean the World to Me

Betty Banafe untuk Hijabsta Ballet

 

FILEM TERBAIK

Pekak (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Anizan Sarif dan Fazlynne Majid sebagai penerbit. Tengku Iesta Tengku Alaudin sebagai penerbit eksekutif)

Hanyut (Julia Fraser sebagai penerbit. U-Wei Haji Saari dan Kate James sebagai penerbit eksekutif)

Interchange (Nandita Solomon sebagai penerbit. Michael Lake dan Bobby Y.P. Wong sebagai penerbit eksekutif)

Adiwiraku (Jason Chong dan Khairul Anuar Latip sebagai penerbit. Jason Chong sebagai penerbit eksekutif)

You Mean the World to Me (Saw Teong Hin, Leonard Tee dan Alea Rahim sebagai penerbit. Najwa Abu Bakar sebagai penerbit eksekutif)


Sumber: Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024