Artikel

Pembelajaran Melalui Teladan : Kisah Puteri Nabi

oleh Muhamad Syarafuddin Sulaiman pada 13 Mar 2014

Ini kisah cinta hati nabi. Wanita yang cukup dimuliakan baginda.

Manusia yang cukup dicintai, dan mencintai Muhammad S.A.W.

Inilah wanita kerap kali muncul dalam kisah baginda nabi.

Fatimah binti Muhammad S.A.W. Baginda nabi bapanya.  Khadijah ibunya. Ali suaminya. Hassan dan Hussein pula anak-anaknya.

Wanita manakah yang lebih berbahagia apabila hidup dipenuhi nama-nama sehebat ini?

Kisah bermula jauh sebelum beliau dilahirkan. Sewaktu Muhammad S.A.W. belum bergelar nabi.

Sewaktu baginda masih seorang bujang yang mencari isteri.

Kemudian kisah bergerak. Kita jadi kenal dengan Saidatina Khadijah.

Kemudian ada keluarga nabi.Kemudian Fatimah membesar.

Bagaimana gadis ini akhirnya berkahwin dengan lelaki tampan lagi bijaksana, Ali bin Abi Talib.

Kisah berjalan lagi. Perihal larangan mempoligami Fatimah. Lahirnya Hassan dan Hussein. Cucu nabi yang cukup dikasihi baginda.

Buku yang sederhana tebal ini menarik kerana diselang-seli pencerahan perihal isu-isu yang timbul di sekitar Fatimah.

Isu-isu yang mungkin mengganggu sesetengah daripada kita.

Buat yang mahu apa isunya, ataupun mahu tahu apakah penjelasan di sebalik kontroversi, Fatimah: Kisah Puteri Nabi adalah novel yang perlu dilunasi.

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024