Artikel

Penemuan Bukti Kewujudan Lubang Hitam Supermasif di Amerika oleh Pelajar PhD dari Malaysia

oleh Asri Yussof pada 09 Jan 2017

Di Mesyuarat American Astronomical Society yang diadakah di Grapevine, Texas awal hari ini telah menemui kewujudan bukti lubang hitam supermasif.

Salah seorang penyelidik dan ahli astronomi adalah pelajar PhD yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, Nur Adlyka Ainul Annuar.

nur

(Nur Adlyka - dua dari kiri di Mesyuarat American Astronomical Society yang diadakah di Grapevine, Texas awal hari ini. Gambar oleh NST)

Beliau sedang mengikuti pengajiannya di Centre of Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom.

Beliau melakukan penyelidikan ini melalui Agensi Angkasa Amerika (NASA) dengan menggunakan X-ray teleskop NASA dipanggil NuSTAR (Nuklear Spektroskopi Telescope Array).

NuSTAR dapat mengesan tenaga X-ray yang tinggi dari lubang hitam supermasif yang dapat menembusi melalui lapisan gas dan debu yang tebal.

Kajian mereka mendapati galaksi mempunyai kolum gas yang tebal tersembunyi di pusat lubang hitam.

Perkara ini dibentangkan oleh mereka ketika menyampaikan topik “Black Holes, Green Galaxies, Old Stars & NuSTARs” di mesyuarat awal hari ini.

gambar hiasan

(gambar hiasan)

Adlyka berkata “Ini lubang hitam yang agak berhampiran dengan Bima Sakti, tetapi sebelum ini mereka tersembunyi dari pandangan kami.”

Tambah beliau lagi,

“Mereka seperti raksasa yang bersembunyi di bawah katil anda. penemuan ini memberi persoalan kepada kita bagaimana banyak lubang hitam supermasif yang lain masih belum boleh dikesan, walaupun dalam alam semesta yang berdekatan kami.”

 

Mencari ‘binatang’ yang tersembunyi ini agak penting untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai pertumbuhan lubang hitam supermasif, dan bagaimana mereka berkembang bersama dengan galaksi mereka.”

Mengikut kajian, lubang hitam supermasif mempunyai saiz yang sekurang-kurangnya satu juta kali lebih besar daripada matahari.

Adlyka, yang berasal dari Muar Johor, juga memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dan Astrofizik dari University of Sheffield, United Kingdom. PhD beliau dalam Astrofizik dijangka siap pada akhir bulan Julai 2017.

Sumber: NST

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024