Artikel

Penerbit Perlu Lebih Berani Terbit Karya Radikal - Anugerah Pilihan Pembaca

oleh Asri Yussof pada 02 Jul 2017

Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH yang diadakan semalam menunjukkan karya-karya dari penulis muda mendominasi tangga kemenangan.

Bagi kategori fiksyen, tempat pertama dimenangi oleh Novel Suri Hati Mr.Pilot karya Dila Dyna. Manakala bagi kategori bukan fiksyen, tempat pertama jatuh kepada Buku Autobiografi Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah.

Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam dirasmikan oleh SASTERWAN Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan.

zurinah

Turut hadir memeriahkan acara, Pengerusi Popular Holdings Limited, Desmond Wee dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman.

Pemenang utama bagi kategori fiksyen dan bukan fiksyen, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula menerima hadiah wang bernilai RM1,500 dan RM1,000.

pemenang

Novel Semusim Di Barzakh karya Hadi Fayyadh mendapat tempat kedua, manakala Imaginasi karya Ramlee Awang Murshid meraih tempat ketiga bagi kategori fiksyen.

Buku #Pujuklah Hati 3 karya Bonda Nor memenangi tempat kedua dan Buku I’m A Backpacker: Europe karya Khairul Abdullah yang diterbitkan oleh Puteh Press, meraih tempat ketiga.

khairul abdullah

Puteh Press dalam kenyataannya memberitahu, kejayaan ini adalah hasil dari kerjasama penulis yang tidak pernah putus asa dan terus positif mengharungi cabaran pasaran penerbitan melenial. Mereka akan terus memandang kehadapan dan lebih berani mengeluarkan karya yang lebih radikal demi melawan penyakit masyarakat sekarang.

“Anugerah ini bermatlamat untuk mempromosi karya tempatan dan dan penulis tanah air. Ia menjadi pentas untuk memperkenalkan karya kreatif dan bakat ini kepada pembaca.” - Desmond Wee, Pengerusi Popular Holdings Limited

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024