Artikel

Penulis PTS Meriahkan KL Sentral Kuala Lumpur

oleh Roziyah pada 10 Jan 2012

PTS membawakan pelbagai program menarik dan menghiburkan di hujung minggu bagi menghargai peminat yang tidak jemu memberi sokongan kepada usaha penerbitan buku tempatan.

Pelbagai program yang menghiburkan dan memberi informasi disediakan khas buat peminat buku terbitan PTS.

Terbaru, bertempat di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, PTS dengan kerjasama MPH membawakan Pesta Buku MPH KL Sentral.

Selain menyajikan buku-buku menarik, PTS turut membawakan penulis-penulis kegemaran ramai bagi bertemu dengan peminat di KL Sentral.

Bermula Jumaat ini, 13 Januari 2012, PTS membawakan penulis buku masakan paling popular PTS, Chef Hanieliza bagi bertemu peminat. Pengunjung yang hadir dapat menikmati Aroma Lauk Warisan, buku tulisan terbaru Chef Hanieliza pada jam 12 hingga 2 petang. Selain menikmati keenakan masakan Chef Hanieliza, pengunjung juga boleh mendapatkan buku terbaru hasil olahan Chef Hanieliza yang baru diterbitkan.

Pada Sabtu, 14 Januari ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan penulis buku Lagi-Lagi Botol Air dan Penutup Botol Iman. Beliau akan turun padang bagi mendedahkan apa baiknya botol air. Temui Nora Herni pada Sabtu ini bermula dari jam 12 hingga jam 1 petang.

Peminat Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said yang menantikan kemunculan beliau berpeluang bertemu beliau dalam pesta buku MPH KL Sentral ini. Pak Samad yang sememangnya dikenali dan dikagumi ramai akan berada di KL Sentral pada 14 Januari ini bermula dari jam 2 petang. Selain mendapatkan buku-buku istimewa terbitan beliau, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan Sasterawan Negara yang dikagumi ramai ini.

Penulis buku Young Aisah juga tidak ketinggalan bertemu dengan peminat di KL Sentral pada 15 Januari 2012 ini. Puan Saridah Hamid & Reja akan bertemu dengan peminat bermula dari jam 12 hingga 1 petang pada 15 Januari ini.

Pada hari yang sama, penulis buku Akukah Puteri Itu dan buku remaja Avian Arrisa, Puan Rose Harissa & Lily Haslina Nasir akan bertemu peminatnya pada jam 2 hingga jam 3 petang, 15 Januari, di KL Sentral.

Selain itu, penulis novel sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talip juga tidak ketinggalan bertemu peminat di KL Sentral pada jam 3 hingga 4 petang, 15 Januari ini.

Temui penulis-penulis popular PTS ini di 1st Floor, Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 7 hingga 15 Januari 2012 ini. Dapatkan juga buku terbaru dan menarik tulisan PTS bermula dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024