Artikel

Perang Karbala dan Pengajarannya kepada Umat Islam

oleh Asri Yussof pada 18 Oct 2018

Pertempuran Karbala yang berlaku pada 10 Muharram, 61 H (10 Oktober, 680) di Karbala (sekarang di Iraq) adalah satu sejarah yang akan terus mencacat memori pahit dan hitam untuk semua umat Islam. Bagi yang berfahaman syiah, mereka percaya di pertempuran itu, cucu baginda Nabi Muhammad saw- Husain telah dibunuh oleh Yazid atau Yazid I (645-683) yang merupakan khalifah kedua Kerajaan Bani Ummaiyyah yang mengantikan ayahandanya Khalifah Muawiyah.

Karbala

Beberapa tulisan lain berpendapat bukan Yazid yang membunuh Husain seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tetapi yang pasti, pertempuran itu adalah pertempuran antara Yazid dan Husain.

Bagaimana pertempuran ini boleh berlaku? Puncanya bermula sejak Saidina Uthman dilantik menjadi ketua negara ke-3. Ketika ini umat Islam sudah mula berkelompok dan berpihak. Kelompok yang tidak bersetuju dengan lantikan Uthman membawa hujah Ali lebih layak dilantik melihat kepada ketinggian ilmu dan dekatnya beliau bersama Rasulullah saw.

Selepas Khalifah Usman Affan dibunuh dalam satu pemberontakan, Ali bin Abu Talib dilantik sebagai Khalifah. Muawiyah tidak bersetuju dengan kebanyakan dasar-dasar oleh Ali terutamanya apabila Ali melambat-lambatkan penyiasatan keatas pembunuhan Saidina Uthman ra. Dalam transisi pemerintahan Ali, berlaku 3 pertempuran yang dikenali sebagai Perang Unta, Perang Siffin dan Pertempuran Nahrawan.

Puak Khawarij yang dianggap berkecuali, tidak menyokong Ali dan tidak menyokong Muawiyah telah mengambil keputusan membunuh Khalifah Ali dan Muawiyah sebagai jalan penyelesaian. Tetapi Muawiyah sempat melarikan diri dan terselamat. Akhirnya Muawiyah menjadi khalifah.

Konflik dalam politik islam telah berlaku sejak zaman para sahabat lagi, ini suatu hal yang tidak boleh kita sangkal dalam membicara sejarah politik Islam. Ini menunjukkan kerencaman politik itu sendiri yang berubah-ubah. Jadi mereka yang beranggapan hanya sistem satu pemerintah negara-negara islam (baca: khilafah) yang paling berkesan adalah tertolak sama sekali.

Apabila Muawiyah I meninggal pada 680, Husain tidak memberi kesetiaan kepada anaknya, Yazid I, yang telah dilantik sebagai khalifah Umayyah oleh Muawiyah; Husain menganggap penggantian Yazid melanggar perjanjian Hasan-Muawiya. Orang-orang Kuffah (Sekarang di Iraq) menghantar surat kepada Husain, meminta bantuannya dan berjanji setia kepadanya, tetapi kemudian mereka tidak menyokongnya.

PTS

Klik di sini untuk memiliki buku ini

Semasa Husain mengembara ke Kuffah, di tempat berhampiran yang dikenali sebagai Karbala, kafilahnya dipintas oleh tentera Yazid I yang diketuai oleh Al-Hurr ibn Yazid al Tamimi. Dia dibunuh dan dipenggal kepalanya dalam Pertempuran Karbala oleh Shimr Ibn Thil-Jawshan, bersama-sama dengan kebanyakan keluarganya dan sahabatnya, termasuk anak lelaki Husain yang berusia enam bulan, Ali al-Asghar, bersama wanita dan anak-anak yang diambil sebagai tahanan. Pertempuran itu diikuti oleh pemberontakan yang dilaukan oleh Ibn al-Zubayr, Tawwabin, dan Mukhtar yang berlaku beberapa tahun kemudian.

Ibrah terbesar di sini adalah tentang keganasan, sikap puak pelampau dan kestabilan politik. Dalam mana-mana dekad sejarah pun kita melihat bagaimana empayar-empayar besar yang jatuh kerana puak pelampau dan keganasan yang berlaku akibat daripada politik di dalam negara yang tidak stabil. Sama-sama kita fikirkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024