Artikel

Pesta Buku Indonesia: PTS Hantar Wakil Eratkan Hubungan

oleh Roziyah pada 02 Dec 2011

PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia berbesar hati menghatar wakil ke Pesta Buku Jakarta yang berlangsung dari 24 November hingga 4 Disember 2011. 

Pesta Buku yang mengumpulkan penerbit-penerbit besar di Indonesia ini memberi peluang kepada PTS bagi mengeratkan lagi hubungannya dengan penerbit buku di Indonesia. 

PTS juga tidak melepaskan peluang menghantar wakil ke Pesta Buku Indonesia ini bagi berbincang secara terus dengan penerbit di sana dalam usaha memperluaskan lagi pasaran buku ke Indonesia. 

Melalui wakilnya, Tuan Ikhram Mohd, Tuan Hairul Faizal Adli, Cikpuan Fazilah Hussin, dan Puan Mazniza Mohd Nor, PTs berbincang dan mencari peluang bagi melesenkan buku PTS di pasaran Indonesia serta mendapatkan buku-buku terbaik dari Indonesia bagi diterjemahkan di Malaysia. 

Peluang di Pesta Buku Indonesia ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan penerbitan antara PTS dengan penerbit di Indonesia. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024