Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Chicken Soup for the Soul – Cipta Kebahagiaan Kita

oleh Hairul Faizal Adli pada 05 Mar 2013

PBAKL 2013 kembali lagi bermula 26 April sehingga 5 Mei 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Temui kami PTS dan dapatkan Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013 antaranya adalah Chicken Soup for the Soul – Cipta Kebahagiaan Kita edisi Bahasa Melayu oleh Jack Canfield.

Hidup ini adalah satu pencarian. Ada yang mahu mencari cinta, mencari kepuasan, dan mencari kebahagiaan. Mereka mencari cinta, namun  bertemu derita.

Yang mencari kepuasan, hidupnya penuh bosan. Yang mencari kebahagiaan, tewas dengan kesedihan. Kalau yang dicari-cari masih tidak dijumpai, tibalah masa untuk kita sendiri yang menciptanya. Ciptalah kebahagiaan dalam kesedihan dan ciptalah kebahagiaan dalam tekanan.

Batu permata dan intan berlian tidak akan wujud melainkan adanya tekanan selama berjuta-juta tahun. Sebagaimana indahnya kilauan permata, itulah analogi terindah untuk dikaitkan dengan kehidupan manusia.

Sinar kebahagiaan tidak akan muncul tanpa adanya tekanan, masalah, dan cabaran dalam kehidupan kita. Tekanan dalam hiduplah yang akan mencipta dan menerbitkan sinaran kebahagiaan.

Keadaan ini sudah terbukti kebenarannya. 100 orang insan yang sudah berjaya mencipta kebahagiaan mereka berkongsi cerita dalam buku ini, Chicken Soup for the Soul: Cipta Kebahagiaan Kita.

Apabila kebahagiaan berjaya dicipta, tekanan jadi mainan, dan cabaran jadi hiburan. Itulah yang mereka alami dan kita bertuah dapat membaca kisah hebat mereka dalam buku ini. 100 insan berbeza, dan 100 kisah berbeza.

Namun, mereka sepakat mencipta sendiri kebahagiaan mereka. Kerana mereka mampu mencipta kebahagian, tiada sebab untuk kita gagal mencipta sendiri kebahagiaan kita. Masa depan belum kabur dan impian kita belum terkubur.

Percayalah, masalah akan melebur dan kebahagian akan kekal subur. Nikmatilah 100 cerita inspirasi dalam buku ini untuk mencipta sendiri kebahagiaan kita.

Pasti anda tidak menyesal memilikinya. Dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024