Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Kuasa Kepimpinan 4E

oleh Hairul Faizal Adli pada 07 Mar 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Dengan slogan “Kita pasti Datang @PTS” bakal menarik ramai pengunjung ke Arena Buku PTS.

PTS menyediakan pelbagai buku menarik antaranya adalah Kuasa Kepimpinan 4E oleh Jeffrey A. Krames.Kepimpinan 4E adalah model kepimpinan hebat yang mencetuskan kontroversi, membawa revolusi, dan penuh inspirasi.

Pelaksanaan model kepimpinan ini dapat membaskan tenaga dan aura positif dalam sesebuah organisasi. Ia kadang-kadang mencetuskan kontroversi, namun mampu membawa transformasi yang sangat baik dan menguntungkan syarikat.

Model ini dicetuskan oleh Jack Welch, CEO sebuah syarikat yang pernah diiktiraf sebagai syarikat yang terbaik di dunia, iaitu General Electric (GE).

Pada peringkat awal pelaksanaannya, model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan yang hebat.

Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran.

Model ini memerlukan kita mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja.

Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat.

Model ini sesuai digunakan oleh para pemimpin, pengurus, dan ketua organisasi bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset yang terbaik.

Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin yang hebat.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024