Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Panduan Bisnes Mudah.my

oleh Hairul Faizal Adli pada 05 Mar 2013

PBAKL 2013 kembali lagi bermula 26 April sehingga 5 Mei 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Temui kami PTS dan dapatkan Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013 antaranya adalah buku panduan oleh Umar Taib, Panduan Bisnes Mudah.my.

Pemilik wajah yang cantik, biasanya mempunyai nama yang indah. Sebagai pelengkap pakej, mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Begitu jugalah dalam dunia bisnes. Bisnes yang hebat, pastinya mempunyai jenama yang menarik dan memiliki fungsi yang mesra pengguna. 

Mudah.my, antara contoh bisnes yang hebat, laman jual beli paling popular di Malaysia, dan mempunyai fungsi jual beli yang mudah. Lebih memudahkan kita, sebuah buku bertajuk Panduan Bisnes Mudah.my sudah dihasilkan untuk membantu kita menjana keuntungan dan mengurangkan risiko kegagalan.

Panduan di dalam buku ini adalah ringkas, supaya kita menjadi tangkas. Teknik menjana wang di Mudah.my ditunjukkan langkah demi langkah.

Dengan panduan yang mudah difahami, buku ini dilengkapkan lagi dengan skrinsyot yang jelas. Pelbagai teknik dan rahsia demi rahsia bisnes didedahkan kepada pembaca.

Pendek kata, untuk menjana wang di Mudah.my, tiru sahaja segala teknik bisnes yang dikongsikan di dalam buku ini. Dengan sedikit kreativiti pembaca, keuntungannya dapat dilipatgandakan.

Memulakan bisnes di Mudah.my sememangnya mudah. Pelaburan untuk buku ini cuma RM10, dan kita mampu menghasilkan pulangan yang berpuluh-puluh kali ganda lebih lumayan. 

Pasti anda tidak menyesal memilikinya. Dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024