Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Why We Want You To Be Rich (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Hairul Faizal Adli pada 11 Mar 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Dengan slogan “Kita pasti Datang @PTS” bakal menarik ramai pengunjung ke Arena Buku PTS.

Apabila dua ikon jutawan yang hebat iaitu Trump dan Kiyosaki bergabung tenaga menulis bersama-sama, maka akan terhasillah sebuah mahakarya agung tentang kekayaan.

Mereka adalah tokoh yang selayaknya untuk berbicara tentang bisnes, kekayaan, dan kemasyhuran. Tulisan mereka mencabar pemikiran kita yang berangan-angan mahu menjadi kaya, tetapi tidak serius mahu merealisasikannya.

Mereka menyedarkan orang malas yang masih terperangkap dalam zon selesa, sedangkan timbunan harta dan kekayaan berada di luar zon selesa.

Mereka mengupas tentang persoalan kenapa kita perlu menjadi kaya. Apabila kita jelas dengan matlamat dan sebab untuk menjadi kaya, persoalan tentang bagaimana mahu menjadi kaya akan terjawab dengan sendirinya.

Apabila murid sudah bersedia, alam sekeliling akan menjadi guru. Dan sekarang, Trump dan Kiyosaki menjadi guru untuk membimbing kita menjadi jutawan.

Belajarlah daripada pakar yang terhebat seperti mereka. Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang yang biasa-biasa sahaja.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024