Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Aku Suka Dia

oleh Nor Adilah Riduan pada 05 Mar 2013

PBAKL 2013 kembali lagi bermula 26 April sehingga 5 Mei 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Temui kami PTS dan dapatkan Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013 antaranya adalah karya terkini Iman Zahra, Aku Suka Dia. 

Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.

Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.

Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.

Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.

Nia Deliya dilema antara Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah Lee bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan.

Buku ini akan diterbitkan tidak lama lagi. Tunggu kemunculannya di kedai-kedai  buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my pada 11 Mac 2013.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024