Artikel

Presiden Erdogan Berkuasa Sebagai ‘One-Man-Rule’ Selepas Menang Pilihanraya

oleh Asri Yussof pada 27 Jun 2018

24 Jun yang lalu, rakyat turki telah turun untuk menyatakan hasrat mereka dalam pilihanraya presiden dan parlimen. Keputusannya berpihak kepada Erdogan. Beliau sekali lagi dipilih sebagai Presiden untuk Republik Turki itu dengan majoriti sebanyak 52.6% daripada 50,059,249 pengundi.

Baca juga: Meral Aksener kalah dengan Erdogan untuk merebut kerusi Presiden

Erdogan

Erdogan didokong oleh 4 parti. 3 daripadanya bergabung bersama di bawah nama People’s Alliance. Gabungan ini disertai oleh parti yang dibawa oleh Erdogan sendiri iaitu AKP diikuti dengan MHP dan BBP.

Parti HUDA-PAR yang berhaluan tradisionalis juga menyatakan hasrat menyokong untuk mengekalkan Erdogan sebagai Presiden Turki.

Apa yang berlainan kali ini, kuasa Presiden sudah menjadi kuasa yang besar, malah boleh dianggap veto. Para pemerhati menggelarkan Erdogan sebagai ‘One-man-rule’.

Tahun lalu, 51.41% rakyat turki telah mengundi untuk menerima referendum yang dibawa oleh Erdogan dan partinya agar Presiden diberi kuasa yang mutlak untuk menentukan hala tuju negara Turki.

Baca juga: Apa yang membuatkan rakyat Turki begitu sayang kepada Erdogan?

Referendum itu akan membawa sistem Presiden yang berkuasa mutlak sehingga boleh mengenepikan keputusan yang dibuat di Parlimen. Tetapi ini hujah yang dibawakan oleh Erdogan.

  1. Sistem presiden menyediakan proses penyelesaian cepat untuk pembangunan ekonomi dan demokrasi Turki
  2. Sistem presiden adalah cara untuk menghalang pembentukan gabungan, yang terkenal di Turki seperti sebelum ini.
  3. Bertentangan dengan kepercayaan popular, undang-undang akan menjadi lebih kuat di bawah pemisahan kuasa.
  4. Kerajaan tidak akan mencari undi keyakinan daripada parlimen dan sebaliknya terus akan diundi oleh rakyat untuk membuat keputusan.

Baca juga: Apa signifikan Referendum ini?

“Pemilihan ini adalah demokrasi, kemenangan pilihan raya ini adalah kehendak rakyat” kata Erdogan kepada orang ramai yang bersorak di luar markasnya di Ankara awal Isnin- 25 Jun, sambil menambah bahawa “Turki akan melihat masa depannya dengan kepercayaan yang lebih banyak berbanding pagi ini.” - time

Erdogan AKP

Ada dua persepsi yang muncul dari apa yang berlaku ini. Pertama, penganalisis melihat kuasa mutlat yang ada di tangan presiden boleh membawa keburukan jika ia tidak mampu dikawal. Musuh-musuh politik boleh didiamkan dengan mudah, dan nilai demokrasi untuk semak dan imbang akan tempang.

Kedua, bagi yang mengagumi ‘dunia Islam’, mereka berharap supaya Erdogan boleh meneruskan dengan lebih berkuasa untuk menjadi lidah kepada kaum umat Islam di dunia ini. Terutama kepada isu-isu Palestin dan Syria. Kewibawaan Erdogan dalam dunia Islam dilihat begitu mengujakan sebagai penyelamat bagi orang-orang mukmin.

Erdogan-Putin

Hari ini selepas tiga hari pilihanraya Turki, kita menerima khabar tentang pihak berkuasa Turki telah memerintahkan operasi penahanan 192 anggota tentera yang disyaki penyokong Gulen, seorang ulama yang dikhabarkan merancang kudeta tetapi gagal pada dua tahun lalu.

Baca juga: Erdogan dan Gulen: Siapa benar dan siapa salah?

Buku ini bongkar siapa sebenarnya Gulen

Sistem baru ini, kerajaan telah menghapuskan jawatan perdana menteri dan memberi kuasa kepada presiden untuk mengambil alih cabang eksekutif dan membentuk kerajaan. Beliau akan melantik menteri-menteri, naib presiden dan birokrat peringkat tinggi, mengeluarkan keputusan, menyediakan belanjawan dan memutuskan dasar keselamatan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024