Artikel

PTS Sambut ‘Malaysia Baru’ dengan buku- Malaysia 2.0

oleh Asri Yussof pada 24 Aug 2018

Pemerintah baru Malaysia- Kerajaan Pakatan Harapan sudah melepasi 100 hari pentadbiran mereka. Pelbagai isu dan naratif baru yang berlaku sepanjang 100 hari ini. Ada baik dan ada yang buruk.

Apa pun, rakyat sudah membuat pemilihan pada pilihanraya ke-14 lalu. 9 Mei 2018 menjadi titik sejarah baru buat Malaysia. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, kita berjaya menukar kerajaan baru selepas lebih 60 tahun kerajaan UMNO-Barisan Nasional memerintah.

Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini, menukar kerajaan adalah perkara biasa. Lihat sahaja Indonesia, presiden bertukar-tukar dari parti politik yang berbeza-beza. Atau lihat sahaja Amerika, bagaimana politik dan demokrasi itu sangat maju kedepan. Menukar kerajaan bagi mereka sudah menjadi perkara biasa.

Bagi menyambut suara rakyat pada pilihanraya kali ini, PTS menerbit buku Malaysia 2.0 yang diselenggara oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan. Lebih menarik, buku ini memuatkan juga tulisan-tulisan dan pandangan daripada Raja Shamri Raja Husin, Sayed Munawar Syed Mohd Mustar, Mohamad Ramji Ab Rahim, ZF Zamir, YB Hannah Yeoh dan YM Dr. Hj. Tengku Asmadi.

Malaysia 2.0

Klik di sini untuk memiliki buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024