Artikel

Rahsia Kejayaan: Awaken the Giant Within

oleh Aminah Harun pada 02 Jul 2014

Merialisasikan impian menjadi kenyata merupakan satu kejayaan yang besar buat seseorang. Sudahkan anda bersedia?

Awaken The Giant Within merupakan satu buku yang dapat membantu para pembaca mencapai impian tersebut. Kaedah yang diberikan oleh penulis Anthony Robbins ini membantu setiap insan dalam kesusahan mencari jalan penyelesaian.

Buku ini mengupas teknik memahami emosi, proses berfikir, keinginan, dan matlamat berdasarkan standard yang ditetapkan oleh pembaca sendiri. Kata-kata motivasi,nasihat, dan  pengalaman daripada penulis dalam mengarungi kejayaan menjadikan buku ini lebih menarik.

Terdapat juga pendedahan teknik professional yang telah digunapakai oleh setiap insan yang berjaya pada hari ini. Penjelasan yang jelas membantu pembaca menguasai kemahiran dalam setiap bidang yang ingin diceburi.

Informasi tentang cabaran yang bakal dihadapai oleh setiap orang yang ingin berjaya dihuraikan dengan jelas dan padat. Penguasaan ilmu yang luar biasa oleh penulis dikongsi bersama para pembaca yang inginkan kelainan dalam mencapai kajayaan yang luar biasa.

Buku ini dapat mengubah para pembaca kepada anjakan paradigma yang lebih baik dengan harga yang berpatutan secara online di www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024