Artikel

Ramadan Kali Ini Lebih Meriah Dengan 111 Resipi Herba Aroma Istimewa Dari Chef Hanieliza

oleh Nor Fatin Amira Salleh pada 17 May 2016

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan jolokan ‘syurga makanan’. Pelbagai resipi menarik dicipta dan diinovasikan oleh chef-chef terkemuka menjadikan gelaran itu tepat.

Menjelang Ramadhan yang bakal tiba nanti, para ibu khususnya tidak perlu pening memikirkan penyediaan menu harian.

Seperti biasa, Chef Hanieliza terus berkolaborasi dengan syarikat PTS menghasilkan sebuah lagi buku masakan yang bertajuk 111 Resipi Herba Aroma Istimewa.

Lebih 100 resipi yang terdapat dalam buku ini akan memeriahkan lagi hidangan sahur dan berbuka kita nanti.

Kita boleh menukar menu harian setiap masa dalam bulan Ramadhan kali ini. Ia dapat menambah selera keluarga dan menghilangkan rasa bosan dan jemu dengan hidangan yang sama.

Selepas ini, bolehlah pembaca semua mula berjinak-jinak untuk bercucuk tanam pokok herba di halaman rumah masing-masing. Ini kerana, kesemua resipi yang diolah adalah berasaskan enam jenis herba seperti halia, serai, dan bunga kantan.

Antara resipi yang terdapat dalam buku masakan ini ialah Sambal Ayam Bunga Kantan, Ikan Kukus Daun Kesum, Sambal Kupang Daun Kunyit, Nasi Goreng Serai, Coselaw Ayam dan Masak Lemak Cili Api Telur Pudina.

Resipi-resipi tersebut boleh membuatkan para pembaca kecur liur. Jumlah 111 resipi itu boleh memberi lebih idea untuk mencuba juadah yang berlainan.

Apatah lagi resipi-resipi dalam buku ini adalah masakan yang penuh aroma Melayu. Ia adalah satu adunan istimewa dengan menggunakan herba-herba tersebut.

Saya pasti pembaca di rumah tidak rugi mencuba resipi terbaru daripada Chef Hanieliza ini. Jadikan Ramadhan ini sebagai bulan untuk mencuba resipi-resipi istimewa tersebut.

Selamat mencuba!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024