Rasulullah Is My Doctor

oleh Asri Yussof pada 24 Nov 2018

Pakar pemakanan bekata, “We are what we eat”, Kita adalah apa yang kita makan. Petikan ini selari dengan hadis Nabi saw “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Segala punca penyakit yang ada pada diri kita hari ini adalah datangnya dari perut. Nabi saw bersabda “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” (Riwayat Ad-Dailami).

Kedua hadis ini betul-betul menampar kita. Ianya untuk kita sama-sama merenung apa yang kita makan sehari. Adakah makanan yang sihat atau tidak, adakah makanan yang halal lagi bersih atau sebaliknya. Adalah adakah punca makanan itu dari sumber pendapatan yang haram atau halal?

Nabi saw dibayangkan kepada kita oleh beberapa hadis mempunyai dada yang bidang dan bertubuh cantik. Juga tidak gemuk atau buncit. Ia bermakna Nabi saw betul-betul menjaga pemakanannya.

“Aku tak pernah lihat orang yang berambut panjang terurus rapi dengan mengenakan pakaian merah yang lebih tampan dari Rasulullah saw. Rambutnya mencapai kedua bahunya. Kedua bahunya bidang. Baginda bukanlah seorang yang berperawakan (bertubuh)  rendah dan tidak juga terlampau tinggi.” (diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Sufyan, Dari Abi Ishaq, yang bersumber dari al Bara bin Azib r.a.)

buku pts

Dalam buku Rasulullah Is My Doctor, penulis membincangkan tentang thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) iaitu rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga buku ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam.  Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.