Artikel

Rasulullah SAW Contoh Tauladan Sepanjang Zaman: Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah SAW

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 11 Aug 2015

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan sebagai rasul terakhir sentiasa menyeru umatnya ke arah kebaikan. Bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat pula, kaum muslimin disaran agar memantapkan jiwa tauhid mereka dengan mencontohi baginda s.a.w.

Selain itu, kita juga diberikan panduan seperti al-Quran dan hadith supaya tidak terkeluar daripada landasan yang benar.

Hanya bergantung kepada diri masing-masing sama ada kita mahu yang baik atau buruk untuk diri kita di hari pengakhiran yang bakal tiba.

Kita sebagai umat yang terakhir ini sangat bertuah kerana mempunyai contoh tauladan yang paling dekat dengan kita iaitu rasul s.a.w. Cukup dengan mengikut cara hidup baginda sebagai contoh, kita sudah pasti dijamin syurga oleh Allah s.w.t.

Tambahan pula dengan adanya buku Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W yang sudah dikemas kini, ia mudah untuk kita jadikan rujukan setiap hari.

Selain itu, kita juga akan mendapat ilmu tentang cara kehidupan rasulullah s.a.w. yang sebenarnya mudah dan sentiasa meringankan beban yang kadangkala menyinggah dalam kehidupan kita.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024